Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PENDEK AKAL!!! GILIRAN AZMIN TEMBAK GUAN ENG!!!


 

Kah...kah...kah..... wayang apa pulak yang sedang dilakonkan ini? Sama ada untuk memesongkan isu atau memang betul Lim Guan Eng semakin tidak relevan dan tidak disenangi oleh rakan-rakan dalam PR.


PKR melihat isu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan sering ponteng mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bukan isu besar, kata Mohamed Azmin Ali.

Timbalan presiden PKR itu berkata, ketiadaan pemimpin tertinggi dalam mesyuarat Majlis Presiden dan Majlis Pimpinan PR tidak menjejaskan hubungan baik antara tiga parti itu.

"Saya percaya hal ini boleh diselesaikan secara baik dalam PR.

"Saya tidak melihat ia sebagai satu isu besar. Hadi dan pimpinan PAS memberikan komitmen positif dalam Pakatan sehingga menghasilkan kejayaan dalam pilihan raya umum," katanya kepada pemberita di Gombak, Selangor hari ini.

DAP dan PAS sebelum ini dilihat sering berbalah apabila menyentuh soal kehadiran Hadi dalam mesyuarat PR.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu meluluskan resolusi mendesak agar ahli Parlimen Marang itu hadir ke mesyuarat PR.

Manakala Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang kecewa dengan kenyataan DAP turut mengungkit isu sama apabila mendakwa ketua menteri Pulau Pinang itu juga sejak 2008 lebih kerap ponteng mesyuarat berbanding Hadi.

Katanya, kebiasaannya, sebarang perbezaan pandangan akan dibincang bagi mencari penyelesaian dan tidak dianggap masalah dalaman.

Malah beliau menegaskan hubungan antara PKR, DAP, dan PAS semakin kukuh dalam PR.

"Sekiranya ada pandangan yang berbeza, kita akan selalu bincang dalam Majlis Presiden PR, tradisi ini cukup sihat dan akan diteruskan," katanya.

Minggu lalu, Hadi berkata beliau tidak hadir mesyuarat kerana tidak sihat sehingga susut badan berbanding sebelumnya.

"Rasa tak berapa sihat sikit sejak akhir-akhir ini. Suara pun tak berapa nak keluar," katanya dipetik laporan Harakahdaily pada 10 November lalu.

Mei lalu, Hadi dirawat di hospital di Istanbul, Turki setelah mengalami masalah pernafasan ketika dalam rangka menghadiri program di sana.

Beliau kemudian terpaksa berehat hampir sebulan di sana ekoran keadaan kesihatannya. – TMI
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top