KEADAAN langit kemerah-merahan di Makkah yang menjadi viral di laman sosial.
Khutbah Masjidil Haram, Mohamad Nurul Hafiz Abdul Latif, 30, kejadian itu bukan pelik di kalangan penduduk Arab Saudi kerana berlaku saban tahun.
"Fenomena itu kerana ribut pasir. Oleh itu, kejadian selepas solat Jumaat lalu yang dihebohkan di Malaysia itu bukannya pelik,” katanya yang menetap di Tanah Suci sejak sebelas tahun lalu.
Sementara itu, menurut portal berita Sabq, pejabat Presiden Meteorologi dan Persekitaran (PME) melaporkan hujan dan ribut petir diiringi angin debu terus melanda beberapa kawasan di Qassim, Riyadh dan Timur manakala di bahagian utara suhu berkabus.
Tambah portal itu, pihak pertahanan awam mengeluarkan amaran kepada warga Jeddah dan Makkah menerusi laman sosial agar menjauhi pantai, lampu jalan dan pokok selama beberapa jam bagi mengelak kemalangan.
Ribut dengan debu juga berlaku di Makkah Madinah, Hail, Al-Jouf dan sempadan utara sementara hujan lebat muncul di Asir Al-Baha dan Jazan pada petang Ahad.
Hujan lebat turut menggangu laluan trafik di lebuhraya Harmain mengakibatkan kenderan bergerak perlahan.
Pada kejadian Jumaat lalu, ribut pasir dan hujan lebat turut menyebabkan berlaku banjir sekitar Makkah sehingga merosakkan kenderaan dan kediaman penduduk.
Berikut adalah petikan daripada komen seorang hamba Allah yang berada di tanah suci:
" Bismillah..
" Bismillah..
Wassolatu wassalamu 'ala rosulillah..
Saya menerima banyak pertanyaan tentang berita bahawa Mekah dan Jeddah dilanda kejadian pelik. Ia telah tersebar dengan meluas di fb dan whatsapp.
Saya puji sikap mereka yang kritis akan berita-berita sebegini. Segera bertanya orang yang mereka yakini. Tidak terus percaya. Apatah lagi menyebarkannya tanpa mahu memeriksa.
Saya tegaskan. Tiada yang peliknya Mekah atau Jeddah hujan lebat. Langit merah, gelap dan sebagainya. Boleh dikatakan setiap kali bertukar musim keadaannya begitu. Petanda haramain sekarang ini sedang menuju musim sejuk. Madinah juga hujan. Apa yang peliknya?
Ianya soal sikap. Suka men'viral'kan perkara-perkara begini. Mahu populariti. Bukan sekali dua. Sudah banyak berita-berita begini yang sampai kepada kita.
Ianya soal sikap. Suka men'viral'kan perkara-perkara begini. Mahu populariti. Bukan sekali dua. Sudah banyak berita-berita begini yang sampai kepada kita.
Sebelum ini, tersebar imam masjidil haram, syeikh Abdurrahman Sudais meninggal. Walhal beliau masih hidup dah baru sahaja selesai mengimamkan solat. Tahun lepas berita sama juga. Orang sebar sana sini. Tahun ini ulang lagi. Tahun depan tidak hairan dapat lagi. Berapa kali syeikh Sudais mahu meninggal?
Sikap suka sebar tanpa kaji berita itu benar atau tidak adalah salah! Tidak sepatutnya berlaku.Syabas kepada yang merujuk kami di page ini atau dimana-mana sumber. Tahniah kerana bersikap seperti yang diajarkan dalam al-quran.
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan"
Al-hujurat : Ayat 6
Al-hujurat : Ayat 6
~abu ayyub"
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....