Nuffnang

TERKINI : 2 DUN Dan 6 Parlimen Bakal Ada PRK?



Bersediakah kita menerima 8 PRK lagi? Bukan disebabkan kematian. Sebaliknya gara-gara kebiadapan pemimpin-pemimpin yang menganggap mereka "kebal" dari undang-undang kerana "title" Yang Berhormat yang disandang mereka.

Hari ini sahaja dua orang pemimpin Pakatan Rakyat dihadapkan ke mahkamah untuk berhadapan dengan dakwaan jenayah, iaitu Naib Presiden PKR dan MP Pandan Rafizi Ramli serta MP PKR Padang Serai N Surendran. 

Rafizi didakwa dengan tuduhan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan ‘fitnah dan provokasi’ terhadap ahli Umno, manakala Surendran dikenakan dakwaan di bawah Akta Hasutan berhubung dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan liwat 2 – dakwaan di bawah Akta Hasutan kedua yang dikenakan terhadap Surendran dalam masa 10 hari.

Dalam sepuluh hari terakhir ini juga seorang MP Pakatan yang lain dan dua Adun diheret ke mahkamah. 

MP PAS Shah Alam, Khalid Samad dan Adun DAP Seri Delima RSN Rayer didakwa di bawah Akta Hasutan, manakala Adun PAS Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa dengan fitnah jenayah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

MP Pakatan lain yang sedang dibicarakan di bawah Akta Hasutan termasuk MP DAP Seputeh Teresa Kok dan MP PKR Batu Tian Chua.

Menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, jika kesemua pertuduhan itu berjaya disabitkan mahkamah dengan hukuman denda lebih RM2,000 dan penjara setahun yang membatalkan kelayakan sebagai wakil rakyat, ia bermakna lima Pilihan raya Kecil (PRK) peringkat Parlimen bakal diadakan iaitu Seputeh, Batu, Pandan, Padang Serai dan Shah Alam dan dua PRK peringkat Dun - Seri Delima dan Changkat Jering.

"Jika kita menyertakan kemungkinan PRK di Permatang Pauh, iaitu kalau Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini, maka kita melihat kepada kemungkinan besar 6 PRK peringkat Parlimen yang berpunca daripada siri terbaru tangkapan dan pendakwaan terhadap pimpinan Pakatan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan. 

Tak habis-habis PR NI!!!! Adakah menghasut dan mempertikaikan keputusan mahkamah itu "halal" atau dibolehkan dilakukan oleh ADUN mahupun Ahli Parlimen? 

Berapa banyak pembaziran atau belanja yang perlu dikeluarkan oleh kerajaan bagi melaksanakan satu-satu PRK? Dan ini belum mengambil kira kemungkinan berlakunya pembubaran DUN di Selangor sekiranya mengambil kira kemelut politik terkini di negeri tersebut........
Share this article

2 Komen:

  1. Alaahh... takkan sabitnya segala dakwaan tuh...

    Kalau sabitpun, mungkin dendanya buat public apology... denda seciput...
    yg takkan menanggalkan taraf YB depa tuh..

    Sedangkan si Tian Chua yang terang2 tuduh Tragedi Lahad Datu hanyalah sandiwara UBN pun boleh lepas.... takkan dakwaan yang mudah diputar-belitkan oleh pasukan peguam depa tu nak lekat.

    Tengok ajelaaa....

    1) Kalau depa lepas.... macai PAS akan tuduh bahawa dah sah PKR-BN nak buat Konsensus Nasional.

    2) Kalau depa tak lepas.... macai PKR dan DAP akan tuduh bahawa dah sah PAS-UBN nak buat Unity Government.

    Alaaah dondang sayang......cakpung...cakpung....

    Yang akan terus menderita kena catu air nanti...rakyat lah jugak...
    Yang akan terus menderita mengharung banjir kilat....rakyat lah jugak...
    Yang akan terus merana barang naik harga....rakyat lah jugak....

    PKR-PAS-DAP-UBN.... akan terus... cakpung...cakpung...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top