Nuffnang

TARIK SAMAN : HMM...ANWAR DAN SYED HAMID ADA APA-APA KE?





HUH....MACAM TAK PERCAYA JE....

Raja Saman Malaysia Anwar Ibrahim hari ini menarik kembali saman beliau ke atas Tan Sri Syed Hamid Albar ekoran isu Anwar sebagai agen Washington.

"Syukur alhamdulillah, kita ada penyelesaian yang baik. Tan Sri Syed Hamid Albar mengatakan beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan saya.


“Beliau juga tidak menganggap kenyataan di akhbar itu tepat. Oleh kerana kekeliruan itu, dia minta maaf,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sebentar tadi.

Menurut beliau, permohonan maaf itu diterima baik dan Anwar mengambil keputusan untuk menarik balik saman terhadap Tan Sri Syed Hamid Albar.

“Seperti mana yang saya beritahu tadi, beliau menegaskan bahawa beliau tidak bermaksud seperti apa yang dilaporkan, saya maafkan.

“Jadi semuanya telah selesai, I accepted in good faith, I think we have to move on. Saya maafkan beliau. Alhamdulillah,” ujarnya.

Hmmm... betul-betul mengabehkan boreh je. Kalau dah tahu boleh diselesaikan dengan permohonan maaf, mengapa perlu difailkan saman ke mahkamah? Ke ada ape-ape "deal" ni?
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top