Nuffnang

ANWAR ATAU ISLAM : LAGI PEMIMPIN PAS HENTAM ANWAR SECARA TERBUKA!!!



Tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencalonkan isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disindir Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Nasrudin dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebooknya membidas tindak-tanduk Anwar yang berkeras mahu mencalonkan Wan Azizah.



Kenyataan yang ditulis oleh Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan di laman Facebooknya

"Terdapat pihak ( khasnya alim ulamak ) yang menolak seorang wanita menjadi pemimpin utama (Menteri Besar) berdasarkan nas dan khilaf perbahasan ulamak bagi sebuah kerajaan negeri adalah PERKARA BIASA.

"Tetapi, apabila terdapat pihak yang hanya mahu isterinya sahaja menjadi Menteri Besar bagi sebuah kerajaan negeri tanpa khilaf dan tidak perlu diperbahaskan lagi kerana ia keputusan yang muktamad, maka ini adalah LUAR BIASA," katanya.

Kenyataan itu dibuat ekoran keputusan PKR dan DAP yang tetap mahu menamakan Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon Menteri Besar Selangor yang baharu biarpun pihak Istana menitahkan supaya parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk mengemukakan lebih dari dua nama.

Pada Rabu, Anwar menegaskan bahawa keputusan pencalonan Dr Wan Azizah adalah keputusan PKR dan ia harus dihormati parti lain dalam konteks semangat Pakatan Rakyat kerana kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik parti itu.
Share this article

2 Komen:

  1. Jika berjaya bininya dapat jadi MB, langkah songsangnya akan lebih jauh dan kerosakan serta bala yang mengiringi akan lebih besar. Bersedia lah warga Selangor untuk menanggung akibat dari berpolitik atas dasar kebencian sesama umat Islam

    BalasPadam
  2. motif nya cabar apa sahaja yg ada...bg kucar-kacir dan rizab 3 billion .

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top