Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

AMEKKAU!!! MAHKAMAH JATUHKAN HUKUMAN KE ATAS PESERTA PROGRAM BOGEL!!!



Enam peserta sukan telanjang di pantai Pulau Pinang hari ini mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM5,000 manakala empat lagi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret.

Seramai 10 individu didakwa atas kesalahan menimbulkan mengganggu ketenteraman awam kerana mengadakan sukan telanjang di pantai terpencil Teluk Kampi selama tiga jam pada 30 Mei di Teluk Bahang. Mereka yang mengaku bersalah ialah Loh Kok Hong, Mu Wei Peng, Justin Ang Ji Keng, Albert Yam Kam Hoong, Lionel Loo Joo Heng dan M Nanda Kumar.


Timbalan Pendakwa Raya Edward Chan memberitahu mahkamah apa yang tertuduh lakukan adalah kesalahan yang serius dan merayu mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap mereka.

Chan berkata, tidak wajar untuk telanjang di khalayak ramai dan perbuatan itu boleh merosakkan minda anak muda yang tidak berdosa.

Beliau meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebagai pengajaran kepada orang ramai.

Majistret Mohd Najib Ismail kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM5,000 atau 3 bulan penjara jika engkar.

Yam, seorang penduduk tetap di Singapura, dijatuhkan hukuman tambahan enam bulan penjara mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedar dan memiliki bahan lucah. Dalam penghakimannya, Najib berkata masyarakat tempatan masih tidak dapat menerima aksi telanjang di tempat awam, berdasarkan tindak balas negatif terhadap kelakuan sedemikian.



Beliau menyebut salah satu prinsip Rukun Negara ialah kesopanan dan kesusilaan, yang memberitahu orang ramai agar berkelakuan sopan dan bersusila.

"Tindakan yang dilakukan jelas melanggar prinsip ini," katanya kepada enam yang mengaku bersalah.

Loh dan Mu merayu kepada mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan tetapi ditolak.

Sementara itu, tertuduh yang mengaku tidak bersalah ialah Tok Chew Hua, Chan Chia Wen, Teh Guan Hoon dan Kong Meng Long. Majistret membenarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Mahkamah menetapkan 16 Oktober untuk sebutan kes. Peguam Alan Choong mewakili Loh manakala Jason Khor mewakili Teh. Tertuduh lain tidak diwakili peguam. – 28 Ogos, 2014. (TMI)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top