Nampaknya kerajaan sekarang bermurah hati untuk memberikan kepada kalangan anda yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan di kawasan bandar sekaligus melayakkan anda menerima baucar kerja RM35 sehari dibawah pengurusan Kementerian Sumber Manusia. Caranya?
Individu berpendapatan bawah RM3,000 di kawasan bandar, layak mendapat bantuan RM35 sehari menerusi program Baucar Kerja yang diselia oleh Kementerian Sumber Manusia.
Dilancarkan pada peringkat perintis pada April ini, ia akan menyaksikan penglibatan seramai 100 peserta yang tergolong di bawah tahap miskin bandar.
Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JobsMalaysia), Yusuff Harun berkata, bantuan tambahan tersebut dijangka dapat membantu golongan ini dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.
"Namun, bantuan itu tidak akan diberikan sewenang-wenangnya. Mereka harus mendapatkan pekerjaan sambilan bagi melayakkan mereka mendapat bantuan tersebut," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
"Golongan itu hendaklah mencari kerja sambilan terlebih dahulu, dan kita akan menyumbang sebanyak RM35 sehari.
"Jumlah tersebut boleh dituntut setiap hari atau pun pada setiap hujung bulan, bergantung kepada keperluan individu tersebut," katanya.
Program Baucar Kerja menyasarkan golongan bekerja di kawasan bandar yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, dan individu yang tidak bekerja.
Ia juga menyasarkan golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, Orang Asli dan pelajar keciciran.
JobsMalaysia akan memastikan pemilihan peserta dilakukan secara teliti berdasarkan kaedah pemilihan profil dan dirujuk dari pangkalan e-kasih.
e-kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Individu yang layak akan dihubungi secara terus, kata Yusuff.
Berdasarkan pangkalan data e-kasih terkini, golongan dalam kumpulan miskin dan miskin tegar kini mencecah 500,000 orang.
Menurut Yusuff, bagi individu yang terikat dengan kontrak pengambilan pekerja yang tidak membenarkan mereka melakukan dua kerja pada masa yang sama, JobsMalaysia akan memainkan peranan sebagai orang tengah untuk berunding dengan majikan bagi membenarkan pekerja untuk melakukan kerja sambilan.
"Bagaimanapun ia tertakluk kepada akta-akta pekerjaan dan buruh yang berkaitan," katanya.
BORANG PERMOHONAN BANTUAN PPKB - KLIK SINI
Syarat Baucar Kerja RM35 Sehari?
- Program Baucar Kerja RM35 sehari ini menyasarkan golongan bekerja di kawasan bandar yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, dan individu yang tidak bekerja.
- Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari tambahan tersebut dijangka dapat membantu golongan ini dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.
- Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari boleh dituntut setiap hari atau pun pada setiap hujung bulan, bergantung kepada keperluan individu tersebut.
- Yang berminat untuk daftar permohonan bantuan baucar kerja RM35 sehari ini harus mendapatkan pekerjaan sambilan bagi melayakkan mereka mendapat bantuan tersebut.
- Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, Orang Asli dan pelajar keciciran turut akan diberikan pertimbangan untuk kelulusan.
- Individu yang layak akan dihubungi secara terus
Hmm... Jikalau dikira, pemohon yang layak bakal menerima sekitar RM1,000++ sebulan. Masyuk...
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....