Nuffnang

VIDEO : Samun Bersenjata Di Restoran, Subang Jaya



PETALING JAYA - Seramai 10 pelanggan yang sedang menikmati makan malam di sebuah restoran nasi beriani terkenal di Subang Jaya dekat sini tersentak apabila disamun sekumpulan penyamun bersenjata sebilah parang dalam kejadian samun Rabu lalu.

Difahamkan, dalam kejadian pukul 9.15 malam itu empat lelaki dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an bertopi keledar tiba-tiba masuk ke dalam restoran itu lalu menghampiri pelanggan sebelum bertindak menyamun dengan parang.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikirim satu sumber, tiga daripada empat suspek terbabit mengugut mangsa menyerahkan wang tunai dan telefon bimbit milik mereka.

"Salah seorang suspek pula datang ke kaunter dan mengambil wang daripada mesin juruwang sebelum kesemua mereka bertindak melarikan diri.

"Nilai kerugian melibatkan wang tunai dan telefon bimbit pelbagai model yang disamun dianggarkan berjumlah RM8,000," katanya lagi.


Untuk Lihat VIDEO, KLIK SINI
Share this article

1 Komen:

  1. kawasan ni memang tiada securities dari dulu polis pun jarang lalu, bukan nak salahkan polis balai pun dekat je 3km dari tempat ni tetapi itulah dah nak kena apa nak buat

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top