Nuffnang

TERESA!! Buktikan Lanun Di Sabah Atau DISAMAN!!!

Presiden sebuah NGO yang menggelar diri sebagai anggota gabungan NGO pro-Barisan Nasional Zulkarnain Mahdar, memberi tempoh 14 hari kepada anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok, untuk membuktikan lanun benar-benar wujud di Sabah atau beliau akan memfailkan saman malu.




"Memang niat dia untuk memalukan orang Sabah, untuk menjejaskan imej Sabah kepada orang di luar Sabah. Memang jelas dia beritahu di sini (dalam klip video)...anda boleh melancong ke Sabah dan berpeluang melihat lanun dengan pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan," katanya merujuk kepada klip video ucapan Tahun Baharu Cina Kok yang bersifat sindiran.

Beliau berkata, gambaran yang dilihat orang ramai daripada klip video itu seolah-olah mereka yang ke Sabah akan menemui lanun dan ada kejadian tembak-menembak macam dalam pekan koboi, ini jelas memalukan orang Sabah.

Zulkarnain yang juga Presiden Persatuan Kebajikan Pekerja Anak-Anak Sabah, Selangor berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu berhubung klip video 'Onederful Malaysia CNY 2014' Teresa yang dimuat naik di laman sosial baru-baru ini.

Klip video itu jelas berbaur fitnah kerana ia menggambarkan Sabah tidak aman sehingga boleh menjejaskan industri pelancongan yang merupakan satu daripada punca pendapatan utama negeri ini, katanya.

Zulkarnain juga kesal kerana gambaran tembak-menembak dalam klip video itu mempersenda anggota keselamatan negara yang berjuang mempertaruhkan nyawa dalam mempertahan negara daripada ancaman musuh.


Katanya, dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada bulan Februari tahun lalu, 10 anggota keselamatan telah terkorban dan perbuatan Teresa menerbitkan klip video berkenaan, boleh mengguris hati dan perasaan balu serta keluarga anggota keselamatan yang terkorban itu.

"Klip video seperti itu tidak sepatutnya diterbitkan dalam suasana Tahun Baharu Cina yang disambut rakyat pelbagai kaum, terutama di Sabah, yang menyambutnya dalam suasana harmoni," katanya.

"Bagi kami, video ini satu fitnah yang jelas. Kami minta penguam negara supaya berlaku adil terhadap undang-undang. Apabila ada pihak melakukan fitnah terutama berkaitan isu kenegerian, kita minta supaya mereka ini diambil tindakan," tegas beliau.

Zulkarnain turut meminta Ketua Menteri Sabah mengharamkan Teresa dan tiga lagi individu dalam klip video berkenaan daripada memasuki Sabah.
Share this article

1 Komen:

  1. DALANG DISEBALIK PEMBUNUHAN PADA 13TH MEI 1969 DAN DI KAMPUNG MEMALI – MAHATHIR ISKANDAR KUTI

    Peristiwa Mei 13 adalah untuk memaksa Tunku untuk mengundur diri secara paksa oleh Razak yg bermain kat belakang dengan Mahathir , Musa dan Harun Idris , supaya kuasa UMNO dikekalkan setelah beberapa kawasan yg ditandingi Perikatan kalah. Tunku telah mengarahkan pembelot yg bernama Razak yg dipercayai sebagai Timbalan nya supaya tidak memberi permit untuk sambutan kejayaan DAP sebab keutuhan perpaduan di Malaysia tidak begitu stabil pada masa itu, Negara yg baru merdeka yg terpaksa mengharungi berbagai masalah dan cabaran. Razak secara diam2 memujuk Polis Kuala Lumpur untuk mengkhianati Tunku , supaya menyebarkan berita Palsu bahawa dibeberapa bahagian Kuala Lumpur , org2 Cina dan Melayu bermandi darah. Pada masa serentak , Tentera di kerah oleh Razak untuk menembak Cina 2 di Kuala Lumpur untuk ‘meredakan’ suasana. Oleh kerana lapuran palsu Razak kepada Tunku bahawasenya keadaan adalah ‘parah’, Tunku yg tidak biasa dengan keadaan seperti ini telah memberikan kewajipan sepenuhnya kpd Razak utk menyelesaikan ‘rusuhan’ yg dirancang bersama sepulan2 tertentu spt Harun Idris, Mahathir Cik Kuti, Musa Hitam dan seteru2 Tunku yg berpura pura menjadi kawan beliau. Inilah cerita yang seakan akan mirip adegan Mark Anthony dan Brutus. Semuanya dilakukan secara serampang 2 mata iaitu untuk memaksa Tunku letak jawatan dan kedua nya untuk mengunakan MAGERAN menguatkan semula kedudukan kerajaan yg kalah kerusi dibanyak tempat.
    Tapi Cina yg tidak bersenjata telah menjadi mangsa dalam percaturan ini.Seharusnya PBB menyiasat kes ini tapi oleh kerana sokongan Malaysia kpd Amerika dlm peperangan Vietnam, isu ini tidak diteruskan dimedan antarabangsa. Belum terlambat lagi, selagi Mahathir Cik Kuti belum mati, dia boleh diheret ke Tribunal AnataraBangsa . Mahkamah Tarzan Malaysia tidak diperlukan bab keputusan memang akan dibuat sebelum perbicaraan, menyokong Cik Kuti. Itu lah latarbelakang Malaysia, yg dipimpin oleh Melayu UMNO Haramjadah Laknatullah, Bangsa Lanun. Oleh kerana tidak ada tindakan yg diambil di medan antarabangsa ke atas kepimpinan UMNO, maka sekali lagi Mahathir Cik Kuti telah mengarahkan pembunuhan beramai ramai org2 kampung di Memali pada thn 80an , sama juga dimana tidak ada kes langsung terhadap regim Cik Kuti. Bangsat yg bernama Cik Kuti adalah Haramjadah Kapir Laknat yg tidak ada tolok bandingan di Malaysia. Begitu Bengis dan Pendendam orangnya.
    Kalau tak percaya , boleh kita mengimbas kembali laungan Naina Mohamad Mamak ¾ baru2 ini di Pulau Pinang yg memberi amaran bahawa Mei 13 akan berulang sekiranya ahli parlimen yg mengejek Najib tidak minta maaf. Jadi Mei 13 telah menjadi sebati dengan UMNO untuk menakutkan nakutkan rakyat supaya kuasa politik sentiasa berada ditangan lanun2 ini dengan penipuan demi penipuan dibuat UMNO melalui SPR sejak 6 dekad.

    Kain rentang yg dipasang diGereja 2 Pulau Pinang adalah perbuatan UMNO yg nak mencetuskan rusuhan Mei 13 dengan modus oprandi yg diguna pakai terlebih dahulu dari ini. Selepas isu kain rentang ini, UMNO akan meletakkan kepala babi pula dimesjid supaya satu lagi situasi berlaku untuk mereka mendapat kelebihan dlm politik iaitu mendapat sokongan Melayu dengan isu harga barang dipadamkan secara licik.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top