Nuffnang

KALIMAH ALLAH : Ketua Dewan Ulama PAS Sanggah Dr Asri, PR Dan Hj Hadi. APA CER?



Huh!! Soalan penulis senang jer. Korang yang menyertai PAS ini untuk apa? Memperjuangkan Apa? Kalau Ulama seperti Dr. Haron Din dan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib sendiri menyokong keputusan Mahkamah rayuan dalam kes penggunaan kalimah Allah, yang korang nak bersekongkol dengan DAP, PKR dan Pemimpin "POLITIK" Pas kenapa?


Datuk Harun Taib terkejut dengan kenyataan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bahawa tiada larangan kepada bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Harun yang membantah kenyataan berhubung perkara itu menegaskan, bukan Islam dilarang sama sekali menggunakan kalimah suci itu yang hanya khusus untuk agama dan umat Islam.

Malah beliau tetap mempertahankan pendiriannya menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan tempoh hari yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald.

“Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu.

“Saya tetap tak setuju kalau ada orang kata agama lain dan bukan Islam boleh guna kalimah Allah. Malah, saya sokong keputusan mahkamah baru-baru ini yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam majalah The Herald dan semua pihak kena akur dengan keputusan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Mohd. Asri dalam blognya bahawa tiada larangan kepada bukan Islam menggunakan kalimah Allah, malah mereka digalakkan berbuat demikian berdasarkan al-Quran dan sunah.

Antaranya bekas Mufti Perlis itu menyebut: “Malangnya ada Muslim yang tidak jelas hal ini sehingga bukan Muslim sama sekali tidak boleh menggunakan nama Allah."

Dalam pada itu, Harun percaya di sebalik tindakan serta kesungguhan orang Kristian menggunakan kalimah Allah, tersirat tujuan serta agenda tertentu mereka. -23/10/13
Share this article

1 Komen:

  1. MASYA-ALLAH, Macam2 tuntutan, ancaman dan provokasi daripada puak kafir LAKNATULLAH(terutama dalam Pakatan Rakyat) terhadap Umat Islam dan Melayu di Malaysia dalam 5 tahun kebelakangan ini,.... APA YANG NYATA, mereka semakin BERANI kerana segelintir pemimpin Utama dan penyokong Melayu Islam PAS dan PKR sedang MENYOKONG dan MEMBUKA RUANG kepada mereka demi menjaga hati untuk dapatkan UNDI CINA DAN KRISTIAN.

    KUMIM
    http://empayarkumim.blogspot.com/

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top