Nuffnang

TONY PUA : Lu Langsi Lu Mati!!!!





Kira-kira 60 umat Islam berhimpun di hadapan Masjid Sultan Muzaffar Shah di sini hari ini bagi mengecam tindakan biadab Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai ‘anjing UMNO’.



Mereka berhimpun sebaik sahaja selesai solat Jumaat kira-kira pukul 2 petang dan masing-masing melaungkan slogan serta mengangkat sepanduk sebagai menyatakan kemarahan terhadap tindakan Tony Pua.

Selain berulang kali melaungkan ‘Tony Pua kurang ajar, biadab’, mereka membawa sepanduk yang mengutuk sekeras-kerasnya kebiadaban pemimpin DAP itu.

Mereka juga mendesak Tony Pua meminta maaf terhadap ROS yang majoriti kakitangannya adalah orang Melayu beragama Islam sekali gus mengguris hati kaum itu secara keseluruhannya dengan gelaran berkenaan.

Demonstrasi aman selama 30 minit itu disertai kariah Masjid Sultan Muzaffar Shah tanpa mengira fahaman politik termasuk golongan muda dengan diketuai oleh Mejar (B) Anuar Abdul Hamid.

Anuar ketika berucap pada perhimpunan itu berkata, mereka berasa amat kecewa dengan tindakan biadab Tony Pua yang menggelar kakitangan awam ROS sebagai ‘anjing’.

“Setahu saya hampir 95 peratus penjawat awam di ROS adalah Melayu dan Islam. Binatangkah mereka ini?.

“Ini baru DAP menang 38 kerusi di Parlimen, kami tidak tahu apakah akan terjadi jika parti itu menang lebih besar lagi," katanya.

Tony Pua sebelum ini menggelar ROS sebagai ‘anjing UMNO’ berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula berikutan pelbagai pihak mempertikaikan kewibawaan proses yang pertama pada 15 Disember tahun lalu.

Justeru kata Anuar, mereka tidak berasa hairan apabila tiada seorang pun Melayu tulen menang pada pemilihan semula CEC DAP baru-baru ini.

Dia turut mempersoalkan sikap berdiam diri Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Penasihat parti itu, Lim Kit Siang yang seperti memberi sokongan moral kepada Tony Pua kerana sehingga kini tidak menegurnya berhubung kenyataan tersebut.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top