Nuffnang

SELAMAT!! 81 Pelajar Dan Guru Terkandas 7 Jam Di Gunung Asahan



Gambar Hiasan

JASIN: Tujuh guru dan 81 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas di sini berjaya dibawa turun dari Gunung Asahan di sini malam Sabtu selepas terkandas lebih tujuh jam akibat hujan lebat.



Timbalan Penguasa Bomba Bahagian Operasi negeri Kamarulzaman Mohd Din berkata mereka mendaki gunung tersebut pukul 9 pagi semalam bagi aktiviti sekolah mereka dan sepatutnya turun pada 4 petang.

Beliau berkata kumpulan itu yang terdiri 43 pelajar perempuan, 38 pelajar lelaki serta empat guru wanita dan tiga guru lelaki terkandas disebabkan mereka berteduh kerana hujan dan tiada panduan keluar disebabkan hari telah gelap.

Bomba menerima panggilan pada 9.38 malam dan tiba 53 minit kemudian sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat, katanya ketika dihubungi Bernama Ahad.

Kamarulzaman berkata 10 anggota tentera dan lima orang awam turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat hampir satu jam itu sebelum kumpulan pertama 41 pelajar berjaya dibawa turun pukul 11.15 malam.

Beliau berkata kumpulan kedua 40 pelajar dan tujuh guru pula berjaya dibawa turun pada 11.30 malam.

Katanya operasi menyelamat tidak mengalami kesukaran kerana pelajar dan guru yang terkandas berada dalam satu kumpulan.

Katanya seorang perempuan dan seorang pelajar lelaki serta seorang guru wanita turut mengalami kecederaan ringan kerana tergelincir semasa cuba mencari jalan keluar.

Beliau berkata guru dan pelajar lelaki itu diberi rawatan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) manakala pelajar perempuan tersebut dihantar ke klinik berhampiran. - BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top