Satu je soalan, Perjuangan PAS kerana?
Perjuangan Pas dilihat mengelirukan rakyat apabila mengeluarkan kenyataan bertentangan berhubung sesuatu isu iaitu perkara yang "dikatakan tidak boleh" sebelum ini tetapi kini "dikata boleh".
Antara contoh kenyataan yang mengelirukan itu ialah pemimpin parti itu sebelum ini mengatakan haram bagi Umno bekerjasama dengan parti bukan Islam seperti MCA. Tetapi kini mereka (Pas) boleh pula berkawan dengan DAP dan tidak haram.
Dulu Pas kata suara wanita aurat, tetapi sekarang diambil pula artis-artis wanita jadi calon pilihan raya.
Perjuangan PKR dan DAP adalah untuk menumpaskan BN dan menubuhkan sebuah negara yang bersih dan telus. Namun matlamat PAS adalah untuk menubuhkan Negara Islam dimana konsep perlaksanaan hukum dan sistem ekonomi yang lebih kearah Islam… Sebenarnya Pas perlu meletakkan di hadapan perjuangan Islam mereka bukannya perjuangan yang lebih kepada sifat kepartian.
Hakikat itu perlu diakui sejak Pas memegang tampuk kekuasaan di beberapa Negeri hasil kemenagan besar dan melalui kerjasama kerajaan campuran.
Sebenarnya perkara ini telah wujud disebabkan gabungan yang dilaksanakan oleh Pas bersama PKR dan DAP… Memang tidak dapat disangkal nilai dan matlamat Pas adalah berbeza dengan perjuangan PKR dan DAP. Perjuangan PKR dan DAP adalah untuk menumpaskan BN dan menubuhkan sebuah Negara yang bersih dan telus.
Namun matlamat PAS adalah untuk menubuhkan Negara Islam dimana konsep perlaksanaan hukum dan sistem ekonomi yang lebih kearah Islam…Sebenarnya Pas perlu meletakkan di hadapan perjuangan Islam mereka bukannya perjuangan yang lebih kepada sifat kepartian. Memang diakui Umno banyak melakukan kesilapan namun kesilapan itu sepatutnya diperbetulkan oleh Pas dan bukannya terus dimanipulasikan untuk mencapai kemenangan. Keredhaan dalam perjuangan adalah lebih penting daripada kemenangan yang tidak berpaksikan prinsip perjuangan yang telah dibawa oleh Rasullah sebelum ini.. Islam itu syumul dan perlu dilihat dalm konteks yang lebih besar dan bukan hasil kemenangan semata-mata.
Pas juga perlu menerima hakikat bahawa pengaruh liberal telah meresap kedalam parti mereka. Pengaruh Anwar Ibrahim secara tidak sedar sudah begitu kuat dalam Pas. Tidak semua pemimpin benar-benar melaksanakan kajian dan penyelidikan politik yang berkait dengan latar belakang dan nilai perjuangan seseorang ahli politik. Pemimpin dalam Pas lebih mudah menerima apa sahaja demi untuk memenangkan parti mereka sehingga mengabaikan nilai perjuangan sejati iaitu Islam…
Sedarkah mereka, adakah mereka seorang ahli politik yang matang dan bijak dalam membuat penilaian. Sedangkan mereka pun tidak memahaminya bagaimana pula rakyat yang sentiasa menjadi tulang belakang yang segelintirnya kerap kali bertaklid buta dalam menerima sesuatu maklumat. Golongan pemimpin Islam ini sepatutnya menyedari bahawa orang yang mereka bekerjasama itu mempunyai niat dan nilai perjuangan yang sungguh berlainan dari nilai perjuangan Islam…
Disebabkan pengaruh ini telah menular, telah wujud golongan-golongan yang anti ulamak dalam Pas. Hal ini juga diakui adalah disebabkan kelemahan golongan ulamak itu sendiri dalam memahami isu-isu semasa yang berlaku dalam dunia politik waima sukar membaca pergerakan silat politik individu tertentu.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....