Nuffnang

OPSS!!! Pindaan Undang-Undang Hina Jalur Gemilang Ditarik Balik???



Cadangan pindaan ke atas Kanun Keseksaan untuk memperuntukkan hukuman penjara mandatori bagi kesalahan vandalisme dan menghina Jalur Gemilang telah ditarik balik.


Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, langkah berkenaan diambil kerana vandalisme sudah termaktub di bawah peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kedua-dua kesalahan terbabit (vandalisme dan menghina Jalur Gemilang) kini terletak di bawah Klausa 5 dan 33 Kanun Keseksaan.

Namun adalah lebih baik jika ia diperuntukkan di bawah undang-undang lain seperti cadangan Akta Keharmonian Nasional atau peraturan lain.

Keputusan menarik balik cadangan itu juga adalah kerana bantahan keras daripada ahli-ahli parlimen pembangkang dan juga Barisan Nasional.

Antara sebab kerajaan bercadang meminda Kanun Keseksaan untuk mengenakan hukuman penjara ke atas mereka yang menghina Jalur Gemilang ialah ekoran tindakan beberapa pihak mengibarkan bendera Sang Saka Malaya ketika sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini.

Apa yang tersirat dari keputusan ini ialah tidak ada sesiapa pun yang boleh hina Jalur Gemilang selepas ini. Namun kita perlu melihat sekiranya kita ada perbezaan, nyatakan, gunakan ayat yang betul. Kalau hina2 ni sapa2 pun tak suka. Bukan saja tak menjelaskan apa yang kita ingin sampaikan bahkan lebih kepada mencari gaduh aje. Betul tak? Yang Penting pelaksanaan serta penguatkuasaan BUKAN TUNJUK KUASA.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top