Nuffnang

KELAKAR ATAU MUSIBAH!! Siang Pasang Bendera UMNO, Malam Keluar Bersama Anwar Ibrahim






Mula-mula bila penulis terbaca diari pelajar ini, memang penulis ketawa. Kelakar beb!! Sebab mimpi pun dimasukkan dalam diari. Hehehe... Tetapi setelah difikirkan semula, nampaknya ini bukan suatu gurauan semata-mata. Satu persoalan bermain di fikiran penulis iaitu bagaimana individu seperti Anwar Ibrahim ini mampu menjelma di dalam mimpi anak-anak kecil atau dalam kata lain para pelajar di sekolah?



Ini bukannya soal mistik atau alam ghaib seperti Ayah Pin. Ini persoalan lain. Persoalan betapa "besarnya" pengaruh Anwar yang meresapi jiwa dan minda anak-anak muda kita pada hari ini. 

Memetik satu peristiwa di zaman Rasulullah SAW, Umar bin al-Khattab pernah meminta izin dari Nabi untuk membunuh Abdullah bin Ubai ekoran kejahatannya. Tetapi, ia tidak diizinkan oleh Nabi SAW kerana bimbang persepsi umum menyatakan bahawa Muhammad membunuh sahabatnya sendiri. Ini gambaran bahawa Nabi SAW amat pentingkan persepsi.

Isu politik, adalah isu persepsi. Meninggalkan persepsi, akan menatijahkan keburukan dalam politik. Itulah hakikat politik sejak dahulu, lebih-lebih lagi di era langit terbuka ini.




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas PRU13 yang lalu mengakui salah satu kelemahan yang harus diperbaiki jenteranya ialah dalam aspek menangani 'perang persepsi'.

"Ini yang mungkin kita boleh perbaiki, bagaimana kita harus menangani perang persepsi - bukan realiti tapi persepsi," 

Menurut Najib, perkara melibatkan persepsi ini, yang semakin menular mutakhir ini - boleh dibentuk dengan pelbagai cara.

"... bukan saja dengan cara bersemuka (face to face) tapi kini sudah ada Facebook (untuk membentuk persepsi).

"Ini perlu kita beri perhatian, mungkin kita kurang tajam dalam perkara ini, tapi kita boleh rancang dan dengan menggunakan pengalaman kita, supaya di masa akan datang kita akan lebih lebih berjaya untuk memaparkan apa yang sebenarnya - bukan persepsi tapi realiti," katanya.

Jelasnya, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu adalah cerminan kepada ketelusan kerajaan untuk menjalankan pilihan raya sebaik mungkin.

Malah kerajaan begitu komited untuk melaksanakan penambahbaikan termasuk mengambil kira cadangan pihak pembangkang.

"Namun masih ada pihak yang hendak pertikai keputusan pilihan raya...," ujarnya lagi.

Najib berkata, ada sesetengah tuduhan yang dilemparkan terhadap PRU13, yang didapati langsung tidak masuk akal, seperti tuduhan kononnya BN membawa sehingga 40,000 'pengundi hantu' warga Bangladesh untuk memastikan kemenangan.

Ujarnya, tuduhan-tuduhan seumpama itu sudah dibangkitkan berbulan lamanya sehingga menimbulkan rasa 'paranoid' dalam kalangan yang mempercayainya.

"Ini tidak adil bagi mereka yang berkulit hitam manis yang dituduh sebagai bukan warga tempatan," ujar Najib lagi.

Cukup menarik sebenarnya untuk berbahas mengenai persepsi khususnya yang melibatkan politik. Cuma persoalannya ialah sejauh mana berjaya dan berkesannya persepsi tersebut berbanding naluri semulajadi atau fitrah manusia yang akan memberi kesan kepada hidup seseorang seperti mana "mimpi" pelajar di atas ini.



Share this article

2 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top