Nuffnang

PEMILIHAN UMNO : Tun Faisal Teraniaya? @tunfaisal






KUALA LUMPUR: Bekas exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz akan membuat rayuan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Pemilihan hari ini untuk terus bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti 19 Oktober depan.



Perkara tersebut dimaklumkan oleh Tun Faisal menerusi laman Twitter miliknya malam tadi selepas mengetahui beliau tidak tersenarai untuk bertanding merebut jawatan MT UMNO.

Rayuan itu dibuat ekoran namanya tiada dalam senarai calon-calon yang telah disahkan bakal bertanding merebut jawatan Majlis Tertinggi UMNO.

Difahamkan Pengerusi Unit Media Baru parti itu tidak melepasi syarat minimum untuk melayakkan beliau bertanding jawatan tersebut.





Syarat minimum untuk bertanding jawatan tersebut ialah setiap calon perlu menjadi ahli jawatankuasa bahagian selama sepenggal.

Berita nama Tun Faisal yang digugurkan dari senarai akhir calon MT UMNO itu mendapat reaksi banyak pihak antaranya, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Senarai nama calon-calon yang bertanding pada peringkat tertinggi dan sayap parti UMNO diserahkan kepada media selepas sidang akhbar mengenainya dibuat pada petang Rabu.

Pada sidang akhbar tersebut hanya nama Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Othman diumumkan telah menarik diri daripada senarai calon Naib Wanita UMNO.






Share this article

1 Komen:

  1. MEMANG TAK LAYAK DARI AWAL KITA BAGI TAHU MAMAT NI TAK LAYAK

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top