Nuffnang

GEMPAR!! Pelatih PLKN Meninggal Dunia!!




KUANTAN: Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, mati di Hospital Muadzam Shah, selepas ditemui rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik air, kira-kira jam 12.04 tengah malam tadi.


Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, dari Kerdau, Temerloh dijumpai seorang rakannya dalam keadaan terbaring sebelum memanggil ketua komandan kem yang kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Muadzam Shah sebelum disahkan meninggal dunia.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Jabatan Latihan Khidmat Negara, Rozainor Ramli, ketika dihubungi Bernama berkata punca kematian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Supt Johari Yahaya yang mengesahkan kematian pelatih tersebut berkata mayat pelatih berkenaan masih dibedah siasat di Hospital Muadzam Shah.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijangka selesai petang nanti," kata Johari. - BERNAMA
Share this article

4 Komen:

  1. Kelayakan fizikal pelatih PLKN seharusnya spt kelayakan kemasukan ke dlm angkatan tentera. Pelatih berpenyakit, walaupun ringan spt asthma, alahan dsb seharusnya ditolak diperingkat awal lagi. Mrk yg tinggal bersama ibubapa sentiasa terpantau dan segera dirawat bila bermasalah tp di kem, tindakan diambil atau mungkin hanya disedari agak terlewat.
    Happenned to my relative, died of rheumatic heart disease about 2 years after get infected during PLKN. If stayed with parent, the person will be brought to seek treatment as soon as the person seem not well.

    BalasPadam
  2. In this gold and rosland capital silver proof coins are some of the actual
    metal content if you are treating gold as a sheltered investment or safe haven.


    Feel free to visit my web blog: silver ira

    BalasPadam
  3. Terima Kasih Penyokong BN!

    BalasPadam
  4. JANGANLAH HIDUP SEPERTI DURI ! MENYAKITI ORANG LAIN???Bayangkn ibu anda menerima nasib seperti puan zuraida ibu kpd arwah m.suhaimi norhamidi ...seorng pelajar yg baik, budak baik, remaja yg baik...tiba2 mati tanpa mengidap sbrg penyakit.....mati....anak sulung tempat harapan
    keluarga..... PEMUDA HARAPAN NEGARA????PEMUDA MCMANA YE!!! KEMBALILAH!!!!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top