Nuffnang

HELAH : Penubuhan Pusat Latihan Reformasi Oleh PKR?




Pada 20hb September yang lepasParti Keadilan Rakyat (PKR) telah melancarkan sebuah institusi yang diberi nama “Pusat Latihan Reformasi” bertempat di DamansaraMajlis perlancaran ini dijalankan secara tertutup dan hanya mereka yang dijemput melalui email akan dibenarkan untuk hadirDikatakan bahawa pusat latihan ini diwujudkan untuk memperingati kesungguhan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam perjuangan beliau menuntut “Reformasi” dalam kerajaan Malaysia.



Apa yang boleh diambil dari penubuhan institusi ini adalah, PKR semakinterdesak dalam menarik perhatian orang muda Malaysia. Ini jelas apabilapusat ini mensasarkan latihan dan pendidikan terhadap ideologi Anwar Ibrahim yang semakin lama semakin tua dan tidak relevan di kalangan masyarakat belia Malaysia.  
                
Ia juga secara jelas ditubuhkan untuk menanam kebencian yang mendalam terhadap kerajaan Malaysia kerana golongan muda semakin lama semakin muak dengan retorik dan cerita-cerita bohong oleh PKR terhadap pemimpin dan kerajaan Malaysia sendiri.

Untuk makluman pembacasebelum penubuhan institusi initerdapat banyak institusi yang telah dilancarkan oleh pihak Pakatan Rakyat terutamanya PKR di dalam usaha mereka untuk menyebarkan ideologi Anwar Ibrahim disamping menaik taraf fahaman anarki yang dianuti oleh merekaInstitusi seperti “sekolah politik” dan Institut Kajian Dasar yang  dijadikan platform untuk mereka menyebarkan pengaruh mereka di kalangan rakyat Malaysia.
                
Boleh dikatakan Pusat Latihan Reformasi ini adalah satu teknik rebranding oleh para pemimpin PKR agar perjuangan mereka tampak lebih relevan di mata orang muda. Namun begitu selepas penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim semakin terserlah di mata rakyat Malaysia, adakah relevan lagi PKR untuk melatih dan membimbing anak muda untuk menyertai mereka? Apakah Anwar Ibrahim sudah lupa akan janji-janji yang ditabur oleh beliau contohnya seperti janji 16 September yang sampai sekarang tidak kunjung tiba?
                
Pusat latihan ini kemungkinan hanya akan menjadi wadah penipuan seorang bekas pemimpin UMNO yang telah tersalah langkah di dalam karier politiknyaYaramai di kalangan anak muda sekarang sudah lupa bahawa Anwar Ibrahim merupakan pejuang UMNO dan Barisan Nasional satu ketika dahulu. Jikalau Anwar mengatakan bahawa UMNO itu jahat dan zalimmaka beliau juga adalah sebahagian daripada kezaliman tersebutini jelas kerana Anwar Ibrahim bukannya lari dari UMNO atau ter”sedar” dari kesilapan dan keluar dari UMNO. Beliau dibuang dari UMNO! Dihalau keluar kerana terlibat dengan penyelewengan!
                
Penipuan Anwar Ibrahim jelaskini ramai anak muda sudah sedar akan kesilapan yang mereka telah lakukan kerana menurut kehendak hawa nafsu seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Lantas mereka mengambil langkah berjaga-jaga dalam melibatkan diri dalam politik. Sebahagian besar anak muda kini mengambil langkah untuk tunggu dan lihatpihak mana yang boleh membela nasib mereka dengan lebih baik.

Mungkin kata-kata bait lagu Bunkface yang berjudul “Kita Perang Kita Menangmenceritakan tentang kekesalan anak muda Malaysia terhadap penipuan yang telah lama disedari oleh generasi baru Malaysia.



Apa lagi kau mahu
Pantang dicabar
Engkau sebar
Cerita disongsangkan
Kau kan jatuh

Mana mereka
Yang dulu engkau percaya
Semua telah pun berubah
Makin ku tentang
Makin ku rasakan
Kemahuan mu dalam diam


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top