Nuffnang

GEMPAR!! Bayi Lelaki Mati Di Taska!!





PUTRAJAYA: Seorang bayi lelaki, Mohd Danish Rayqal berusia lima bulan ditemui mati oleh pengasuhnya di sebuah pusat jagaan di sini, Selasa.


Bayi itu didapati sudah tidak bernyawa semasa pengasuh berkenaan hendak memandikannya kira-kira pukul 3 petang.

Bapa bayi itu, Ismail Ramli, 28, yang menghubungi Bernama berkata beliau bergegas ke Hospital Putrajaya sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Pihak taska telah menghubungi saya setelah mereka sampai di hospital, dan bayi saya telah disahkan meninggal dunia," katanya.

Ismail membuat laporan polis kerana meragui punca kematian anaknya yang sihat semasa dihantar ke pusat jagaan pagi Selasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan polis akan menjalankan siasatan. - BERNAMA
Share this article

4 Komen:

  1. Ya Allah kesiannyer...itu yg xsanggup hantar anak ke Taska..

    BalasPadam
  2. apa punya manusia la.tidurkan baby dan kanak kanak dgn menutup muka..guna kain sebesar besar mcm tu.....

    BalasPadam
  3. Sy ank 3 sampai skg sy x bg sape pun jg ank kecuali mak sy shj-, sy x cayekan sape pun walaupun sedara ini apatah lg org luar

    BalasPadam
  4. Kenapa dalam ambar ni, budak2 tido di tutp muka dgn kain. buatnyer terbelit ke lemas ker mcm mana?macam kena paksa tido pun ada gak

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top