Nuffnang

NAIB PRESIDEN: Mukhriz Mula Kepanasan?





SHAH ALAM: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir membidas trio penyandang Naib Presiden Umno yang dilihat berpakat mahu mengekalkan kedudukan masing-masing semasa pemilihan parti Oktober depan.


Katanya, kesepakatan itu jelas tidak mempamerkan amalan demokrasi yang dikehendaki parti.

“Kita dah buka seluas-luasnya dalam program transformasi politik untuk sesiapa yang dirasakan layak untuk menawarkan diri untuk dipilih termasuklah di peringkat naib presiden ini.

“Berilah peluang kepada perwakilan untuk menentukan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Trio terbabit, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - Datuk Seri Hishammuddin Hussein- Datuk Seri Shafie Apdal Sabtu lalu dilihat hadir dan mengemukakan borang secara bersama, malah kemudian meninjau pusat penamaan calon sambil bergurau-senda memperlihatkan hubungan keakraban antara mereka.

“Kami sebagai penyandang secara bersungguh-sungguh akan mengekalkan jawatan untuk mendokong parti. Kami ada keserasian dan saling mengenali antara satu sama lain,” kata Shafie Apdal dipetik laporan media.

Zahid pula berkata, ketiga-tiga mereka mempunyai keyakinan untuk terus mempertahankan jawatan dan menyifatkan kehadiran Mukhriz sebagai pencabar yang disifatkan mewakili kehendak golongan muda bukanlah suatu masalah.

Hishammuddin dalam nada yang hampir sama berkata, kehadiran Mukhriz sama sekali tidak menggugat keyakinan mereka bertiga untuk mempertahankan jawatan itu.

Bagi penulis, Mukhriz tidak perlu melatah. Biarkanlah mereka si penyandang jawatan kata apa sekalipun. Kami anak muda ni bukan buta. Zaman dah berubah. Sistem pemilihan pun turut berubah. Tiada apa yang perlu digerunkan dengan tindakan 3 penyandang gelaran tersebut. Mungkin sekiranya Mukhriz berada di kedudukan mereka, tindakan yang sama akan diambil.

Yang penting, buktikan semangat Melayu dan perjuangan Bangsa menjadi agenda utama Datuk. Hilangkan stigma dan BAYANGAN Tun Mahathir dari segala tindakan serta keputusan,  maka KEYAKINAN perwakilan akan hadir dengan sendirinya kepada Datuk. Ini tidak bermakna penulis tidak menghargai pengorbanan serta jasa yang tidak ternilai oleh Tun Mahathir. Malah, penulis sudah tidak sabar lagi untuk mengikuti Bicara Wawasan Bersama Tun Mahathir esok.

Secara peribadi, hanya DS Zahid Hamidi yang harus diberi peluang untuk mengekalkan jawatan manakala 2 lagi jawatan perlukan MUKA BARU. Kebetulan atau memang direncanakan, Mukhriz adalah calon terbaik untuk menyandang jawatan ini bersama DS Zahid.

Cuma apa yang merisaukan penulis, adakah persaingan sihat dan transformasi politik dapat diterjemahkan pada pemilihan kali ini atau "politik bangsawan" akan terus digunakan seperti sebelum-sebelum ini.


Seorang pemimpin bukan sahaja dilihat dari segi kemahiran, pengetahuan, kelulusan dan karismanya, tetapi nilai-nilai seperti amanah, tegas, berwawasan, bertanggungjawab, berjiwa rakyat dan berdisiplin.

Rasanya kita cukup bertuah dan beruntung kerana keupayaan dan komitmen para pemimpin terdahulu telah berjaya mengangkat martabat Malaysia di mata dunia. Pelbagai pencapaian hebat dihasilkan melalui dasar-dasar yang telah dilaksanakan serta kemampuan menghadapi pelbagai cabaran yang diiktiraf dunia.

Oleh yang demikian, adalah sangat penting bagi UMNO untuk mempunyai pelapis-pelapis pemimpin untuk mentadbir dan meneruskan pencapaian parti dan bangsa pada masa akan datang. Kesediaan calon-calon baru khususnya dari golongan muda seperti Mukhriz perlu dilihat dari aspek positif oleh ahli-ahli parti dan pemimpin veteran.


Share this article

4 Komen:

  1. Mukhriz sepatutnya fokus untuk membangunkan Kedah terlebih dahulu, tunjuk dan buktikan kemampuan jati diri memimpin sebuah negeri Kedah dan keluarkan Kedah yang rata2nya Melayu daripada kancah kemiskinan Tegar...

    Mukhriz masih belum membuktikan apa-apa jasa terbilang kepada Parti UMNO dan Barisan Nasional, setakat jadi Timbalan Menteri MITI, itupon kerana faktor Tun M.. samalah macam si Khairi kerana Menantu Tun Abdullah yang suka tidor kerana ada Penyakit Tidoor.

    Daripada segi kelayakkan dan pengalaman, Mukhriz sudah tewas kepada Isa Samad dan Ali.. Isa Samad pon hebat jugak di dalam pembentukkan Felda Global, Ali dengan Melakanya yang moden, sekurang2nya adalah apa yang nak dipertonjolkan. Tapi antara Isa dan Ali, saya lebih suka dan menyokong Isa.

    Trio yg lama elok juga dikekalkan Datuk Seri Ahmad Zahid, DS Hisham patutnya umum tak bertanding, mungkin beliau lebih suka dimalukan oleh perwakilan, manakala, shafie apdal, pon sama,.. kalau UMNO negeri sendiri dah calonkan MUsa, Shafie sepatutnya tak bertanding.., ini tidak, dok kejor juga jawatan, tanpa pikir soal parti, soal akar umbi.

    apa2 pon saya menjangkakan, DS Ahmad Zahid, TS Isa Samad dan terakhir mungkin Mukhriz akan dapat jadi Naib Presiden, maknanya Tun M memang hebat di dalam percaturan Naib Kali ini kerana tiadanya calon2 lain yang lebih berwibawa.

    papa2 pon kita tunggu apa pilihan perwakilan..

    BalasPadam
  2. Bagi saya Mukhriz prlu bukti d Kedah dahulu.....next pemilihan baru ambik la.Ni hanya baru prmulaan dia d Kedah...tiada apa2 bukti dtunjukan.Silap2 klau trlalu laju......jatuh trduduk terjelepuk u Mukhriz.Sama macam KJ.....d beri Menteri penuh u....dah bnyak kontrevesi....silap2 trundur kbelakang.Tapi dia orang ni semua duduk d kawasan/negeri selamat.....kalau d Kelantan tmbahan ulak kalau dmuka kuala sebelah Hilir Kelantan trjelepuk kau....tengok Awang Adek,Fatmi n lain2 lgi.....trsungkur.Bawalah apa bantuan,trosfomasi pun....mati kau.Hanya Nuar Musa yg kejap hidup kejap mati....baru2 ni nasib baik dtolong oleh B/Sepak......naik dia.Yg lain2 2 tunggu masa brsara dgn gitu aje,

    BalasPadam
  3. Kita punya impian mesti tercapai
    Berkuasa seperti nakhoda kapai
    Tok sah bimbang kalu tak pandai
    Semua kat ataih daddy dah kawai

    Jawatan MB saja mana nak jadi
    Takat berkuasa di jelapang padi
    Nak naik atas kena berani perjudi
    Masa nie la tumpang ada daddy

    Dia tu nak naik tak kan nak biaq
    Kok mana cagha kita kena ikhtiaq
    Pasai UMNO tok sah dok pikiaq
    Biaqlah kalau nak kucaq kaciaq

    Kenalah cepat potong si polan
    Lagi sekali bertanding timbalan
    Mana boleh kalu naik pelan-pelan
    Tak sempat kot nanti daddy jalan

    Kena pulun cepat naik takhta
    Tok sah peduli apa orang kata
    Ini hal peluang kuasa dan harta
    Kepentingan nama family kita

    BalasPadam
  4. Kisah muka baru punya calon
    Proxi mantan dari Mentalon
    Cukup kot jadi hero kat Jerlun
    Satu Malaysia kot tak terpulun

    Bagilah lama sikit bertapak
    Barulah kuat kalu nak celapak
    Ini dok harapkan aura bapak
    Silap langkah kot jatuh lopak

    Nak naik atas pun ikutlah hiraki
    Bukannya apa kot orang dengki
    Yang lebih senior tu ramai lagi
    Kalu tidak pun biarlah ahli MT

    Kena jaga parti punya martabat
    Hancur kalu, dah tak ada ubat
    Tak apalah kalu betul-betul hebat
    Jangan nak buat langkah si Jebat

    Di alam cyber mungkin nampak gah
    Janganlah pula dok merasa megah
    Di luar nun masih banyak bertelagah
    Nak menang kena betul-betul gagah

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top