Nuffnang

LAHAD DATU : Korang Jangan Lupa Tarikh PENTING INI!!!

Penantian itu suatu penyiksaan. Nampaknya dah semakin hampir tarikh bagi perbicaraan ke atas Ahli Parlimen pembangkang ini. Tapi rasa dah macam lama sangat dah.




Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 16 dan 17 Oktober ini sebagai tarikh perbicaraan kes Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang, yang didakwa atas tuduhan hasutan ekoran kenyataannya mendakwa kerajaan terlibat dengan pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Hakim Norsharidah Awang menetapkan tarikh berkenaan dalam kamar pada Rabu selepas mengadakan mesyuarat dengan timbalan pendakwa raya, Mohd Farizul Hassan and peguam bela Latheefa Koya, yang mewakili Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua.

Latheefa berkata kepada pemberita bahawa mahkamah menetapkan dua tarikh bermula 16 Oktober untuk perbicaraan sementara menunggu kes mengetepikan tuduhan terhadap Tian Chua di Mahkamah Tinggi.

Pada 14 Mac, Tian Chua minta dibicarakan selepas membuat kenyataan yang mendakwa pencerobohan oleh pengganas bersenjata dari Sulu, di Lahad Datu merupakan satu konspirasi terancang oleh Umno untuk mengubah perhatian dan menakut-nakutkan orang ramai.

Beliau berkata ia merupakan satu 'drama' oleh kerajaan untuk menakutkan rakyat dan mengalihkan perhatian terhadap Sabah, berbanding inkuiri Suruhanjaya Diraja mengenai isu projek IC.

Tian Chua, yang juga Ahli Parlimen Batu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Fraser Business Park di sini pada 1 Mac pukul 11 pagi.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 (Artikel 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta yang sama yang membawa hukuman denda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kali pertama dan lima tahun penjara bagi kesalahan berikutnya.

Pada 12 April lalu, Tian Chua, 50, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan tuduhan terhadapnya.

Mahkamah akan membuat keputusan berhubung permohonan tersebut pada 26 September ini.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top