BERDESING!!! Keputusan yang benar-benar mencabar keimanan dan kekuatan umat ISLAM di Malaysia.
Mahkamah hari ini membatalkan pengharaman oleh Kementerian Dalam Negeri ke atas buku karya penulis kontroversi Irshad Manji bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta'.
Ia berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof untuk membenarkan pemohonan semakan kehakiman oleh penerbitnya, ZI Publications Sdn Bhd.
Penerbit buku terjemahan dalam bahasa Melayu itu memohon untuk membatalkan pengharaman kementerian ke atas jualan bualan buku berkenaan memandangkan edisi bahasa Inggerisnya telahpun berada di pasaran setahun sebelum edisi terjemahan.
Kementerian Dalam Negeri sebelum ini telah mengharamkan penerbitan buku tulisan Irshad Manji bertajuk ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ dan versi Bahasa Inggeris ‘Allah, Liberty and Love’ kerana didapati mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis. Buku itu diharamkan selepas kementerian menerima laporan dan ulasan dari pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Antara lain yang didapati bercanggah dengan ajaran islam, ialah pandangan penulis terhadap perkahwinan campur antara Muslim dan bukan Muslim sebagai sesuatu yang harus dan pemahaman ini boleh menjurus kepada pluralisme. Buku itu juga didapati menyeru pembaca kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan penolakan konsep ijmak yang dikhuatiri akan menggalakkan interpretasi hukum-hukum agama yang tidak berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-hadis.
Buku itu juga mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang digambarkan dalam keadaan yang boleh mencemar kesucian agama Islam. Selain itu, buku itu juga mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampuradukkannya dengan nilai-nilai akidah. Ianya turut didapati memberikan penerangan terhadap pelaksanaan kewajipan solat fardu lima waktu yang boleh didirikan dalam pelbagai pergerakan dan bahasa, malah lebih dari lima kali sehari.
Apakah reaksi rakyat khususnya yang beragama ISLAM bagi perkembangan ini berbanding isu minyak yang begitu mendapat perhatian dari seluruh negara?
ini kena tanya kerajaan la!
BalasPadamknp bg masuk benda ni?
pe diorang x smak dulu ke sblom bg jual buku ni?