Nuffnang

GEMPAR!! Markas Tentera AS Kena Serang

Sehebat mana teknologi serta kecanggihan sistem pertahanan Amerika, pengkalan tentera mereka tetap kena serang!!




Pihak berkuasa Afghanistan hari ini mendedahkan sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat diserang pengebom berani mati berhampiran sempadan Pakistan.

Setakat ini, masih belum dipastikan jumlah kecederaan dan kematian akibat serangan tersebut.

Jurucakap kepada Gabenor Wilayah Nangarhar, Ahmad Zia berkata, kumpulan militan lengkap bersenjata menyerang pangkalan yang terletak di kawasan Torkham.

Bunyi letupan kedengaran dipercayai letupan satu daripada bom pengebom berani mati yang melakukan serangan tersebut.

Sementara itu, jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid berkata, kumpulan pemisah bertanggungjawab terhadap serangan tersebut. Sementara itu, pihak NATO masih belum mendapat apa-apa maklumat berkenaan serangan tersebut.

Lebuhraya antara Jalalabad dan Torkham yang merupakan laluan utama bagi lori bekalan NATO telah ditutup ekoran insiden itu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top