Nuffnang

WARIS AGONG? Polis Sedang Kenalpasti Dalang Di Sebaliknya!!








KUALA LUMPUR: Polis sedang mengenal pasti dalang kumpulan yang ditahan di luar pintu Istana Negara awal pagi semalam yang mendakwa mereka pewaris sah Yang di-Pertuan Agong.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata polis juga sedang mengenal pasti motif sebenar kumpulan itu berbuat demikian.

"Susulan itu, lapan lelaki termasuk ketua kumpulan yang berumur 40 tahun direman seminggu mulai hari ini.

Seorang wanita berusia 52 tahun yang merupakan isteri kepada ketua kumpulan itu serta anak perempuan mereka berumur 11 tahun direman dua hari sehingga esok," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ku berkata kesemua lapan suspek lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 121B Kanun Keseksaan atas kesalahan terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang Dipertuan Negeri dan boleh dihukum penjara seumur hidup atau didenda.

Kumpulan yang mendakwa mereka anggota Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara itu berpakaian serba hitam dan tiba di kawasan istana dengan menaiki tiga kereta pada 4.10 pagi sebelum ditahan polis.

Media melaporkan mereka mendakwa sebagai pewaris Agong yang sah dan dipercayai cuba mengambil alih pentadbiran Istana Negara.

Tangkapan termasuk rampasan kesemua kenderaan terlibat dilakukan ketua balai polis Jalan Travers. Tiada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kenderaan yang dirampas.

Siasatan polis mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak, Johor dan Kedah. 

Antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'.


- Astro Awani
Share this article

1 Komen:

  1. bodoh... ingatkan trolling. rupanya mmg bahlol.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top