
Browse » Home »
agama
,
belia
,
politik
» FATHUL BARI : Perjuangkan Islam Dalam Pemuda - Tawar Diri Exco Pemuda
FATHUL BARI : Perjuangkan Islam Dalam Pemuda - Tawar Diri Exco Pemuda

SHAH ALAM – Ketika pemilihan Umno semakin hampir, rata-rata pemimpin-pemimpin Umno sudah mengumumkan penawaran masing-masing untuk mempertahan dan merebut jawatan tertinggi dalam parti, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda, Fathul Bari Mat Jahya nampaknya tidak mahu ketinggalan.
Menulis dalam laman mikro Twitter miliknya, Fathul menyatakan kesediaanya untuk bertanding dalam Exco Pemuda Umno demi memperjuangkan Islam.
Katanya, kesediannya itu juga bertitik tolak daripada janji Presiden dan Ketua Pemuda Umno, jawatan tersebut dapat dijadikan platform bagi memperjuangkan Islam.
“Kesediaan saya untuk bertanding Exco Pemuda Umno kerana saya dijanjikan bahawa platform itu boleh dimanfaatkan untuk memperjuangkan Islam,” tulisnya.
Sebelum ini, Umno-BN telah memilih Fathul Bari sebagai salah seorang calon ulama bertanding pada PRU13, 5 Mei lalu.
Beliau dicalonkan di Dun Sanglang bagi menewaskan calon Pas, namun tidak berhasil.
Jawatan Exco Pemuda Umno kini disandang oleh Mohd Suffian Awang, Shafiqurrrahman Shamsudin, Datuk Sohaimi Shahadan, Mohd Gasing Saling, Ustaz Affendi Yusof dan Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak.
- Sinar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



allahuakbar baru baru ni ada laporan matahari terb...

nasib ahli perniagaan didakwa pukul pengawal perib...

pmx maklum mahb diserang penggodam tuntut wang teb...

here s how we re helping developers build safer an...

aktif libatkan diri sertai ngo

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
Sokong 101% ufb. Umno kena bg ruang dekat ulama muda ini seluas2nya demi memartabatkan islam
BalasPadam