Nuffnang

AES OH AES : Antara Suara Rakyat Atau Suara Pembangkang?





Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) merupakan antara mangsa propaganda jahat yang terancang oleh pembangkang. Walaupun terdapat sedikit kelemahan dalam perlaksanaan sistem yang cukup baik untuk mengurangkan kadar kemalangan ini namun ianya terus menjadi topik yang bakal dihancurkan oleh pembangkang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat 1969.Kami rakyat Malaysia sudah muak dengan tuntutan tidak munasabah pembangkang.


Kejadian tembak menembak yang berleluasa sejak kebelakangan ini merupakan akibat dari tuntutan pembangkang yang berjaya menghapuskan ISA dan Ordinan Darurat 1969. Begitu juga kelantangan bangsa Cina yang terlalu kerap menghina Agama Islam dan Bangsa Melayu secara tersusun adalah rentetan dari penghapusan akta yang selama ini dapat menjaga keamanan Negara.

AES merupakan satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video). Ianya bertujuan mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan. Pendekatan kepada system based approach ini bakal mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia.

Ketegasan kerajaan dalam menangani isu ini amat diperlukan. Ianya harus benar-benar telus dan bijak bukannya sekadar memenuhi tuntutan jahat pembangkang. AES mampu mengubah sikap, tingkah laku dan budaya pemanduan melalui penguatkuasaan:

  1. 24 jam
  2. Tidak bermusim
  3. Tiada campur tangan manusia
  4. Meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) di kalangan pengguna jalanraya. (Pada hari biasa 25%, meningkat ke 50% di musin perayaan semasa Ops SIKAP berbanding di negara maju – 80% hingga 90%).
  5. Penyelesaian kepada kos rawatan dan pemulihan kawasan sering berlaku kemalangan yang jumlahnya lebih 800 (blackspot) di seluruh Negara yang amat tinggi dan memakan masa yang lama.

Pembangkang amat takut perlaksanaan AES bakal mencerminkan kecekapan pemerintahan Barisan Nasional dalam menangani isu kematian yang disebabkan oleh kemalangan . Ini adalah kerana perlaksanaan AES ini mampu meliputi kesalahan:

  1. Tidak mematuhi lampu isyarat
  2. Memandu melebihi had laju
  3. Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
  4. Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
  5. Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.

Antara isu AES yang perlu diselesaikan adalah keterlibatan “pihak ketiga” dalam pengeluaran saman dan pungutan wang saman. Bagaimanapun operasi perangkap kelajuan melalui AES masih terus dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis kecuali wujudnya pindaan undang-undang terhadap tindakan penguatkuasaan tersebut.

Kerajaan perlu tegas dalam perlaksanaan dasar yang mampu memberi manfaat untuk rakyat. Sebarang tuntutan jahat pembangkang harus ditangani dengan cekap dan bijak. Kompromi yang melampau terhadap pembangkang bakal membuatkan rakyat muak. Rakyat memilih Barisan nasional kerana mereka tahu bahawa hanya Barisan Nasional yang mampu memberi kehidupan yang lebih baik kepada mereka. Oleh itu Kerajaan harus bertindak dalam lingkungan pemikiran dan perlaksanaan Barisan Nasional bukannya mengikut telunjuk pembangkang.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top