Nuffnang

PANAS!! MAZNAH : Saya Tidak Akan Minta Maaf, Saya Tidak Hina Islam!!




Maznah Mohd Yusof, jurulatih anjing yang mencetuskan kontroversi apabila videonya menyambul Aidilfitri bersama tiga ekor anjing dimuat naik semula hari ini menegaskan tidak akan membuat permohonan maaf kerana tindakannya itu bukanlah satu kesalahan.

"Saya tiada niat untuk menghina Islam dan saya tidak akan memohon maaf untuk sesuatu yang saya anggap bukan satu kesalahan," katanya.

Video bertajuk "1 Hari di Hari Raya" mencetuskan kontroversi menjelang Aidilfitri yang bakal tiba apabila Maznah, atau dikenali sebagai Chetz dikatakan menghina Islam dengan perlakuannya seolah-olah membantu anjingnya berwudhuk dalam video berkenaan.

“Jikalau saya memohon maaf untuk video itu, ia bermaksud saya bersetuju bahawa saya membuat sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Video itu bukan menghina Islam. Membuat tuduhan bahawa saya ingin menghina Islam ialah seperti memfitnah saya,” kata jurutera berumur 38 tahun itu dipetik dari Astro Awani.

Video berkenaan turut menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).

Ia turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga" dengan gambar seorang lelaki duduk bersama tiga ekor anjing di atas sofa.

Mengakui beliau adalah pembikin asal video berusia tiga tahun itu, Chets bagaimanapun mengatakan video itu dimuat naikkan semula tanpa kebenarannya.

Tajuk video berkenaan juga jelasnya telah diubah oleh orang yang memuat naikkan semula video itu untuk menggambarkan dia menghina Islam.

Chetz turut mempersoalkan tindakan beberapa pihak yang menuduhnya menghina Islam sedangkan dia memastikan anjingnya sentiasa bersih.

"Adakah salah untuk saya bersihkan anjing-anjing saya? Saya bersihkan seluruh badan anjing-anjing itu. Dalam video saya, saya hanya mencuci tangan saya.

Chetz berkata dia kini bimbang tentang keselamatannya, anjing-anjingnya serta keluarganya selepas menerima ancaman bunuh menerusi SMS.





“Saya telah membuat laporan polis semalam tentang orang-orang yang telah memuat naikkan video itu semula dan menuduh saya menghina Islam. Hari ini saya akan membuat lagi satu laporan polis mengenai ancaman bunuh yang saya terima,” katanya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) bagaimanapun melihat kerajaan "terlebih bertindak" berhubung video kontroversi berkenaan apabila menjadikannya sebagai isu nasional.

"Sepatutnya dipanggil dan beri nasihat supaya dia (Maznah) jelaskan. Panggil bagi teguran. Jangan jadikan isu nasional," kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

Kenyataan Anwar itu dikeluarkan selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meutuskan video berkenaan menghina Islam dan akan mengambil tindakan terhadap Maznah.

Anwar turut membandingkan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang secara terang-terangan terlibat dengan kegiatan perjudian dan penjualan arak namun tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka.

"Orang Islam pegang San Miguel, syarikat perjudian, (Jakim) tak ada kenyataan," soal Anwar.

Meskipun mengakui Jakim memainkan peranannya, Anwar bagaimanapun berkata pihak berkuasa agama itu perlu memfokuskan kepada isu yang lebih besar.

Maznah ditahan pada Rabu dan direman selama dua hari di Segamat bagi membantu siasatan berhubung rakaman video klip berkenaan.

Beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. - 4 Ogos, 2013.

Share this article

2 Komen:

  1. Pendapat Bpk. Anwar Ibrahim, betullll, hal seperti itu tdk perlu di besar-besarkan,, panggil dia dan minta penjelasan, apa maksud dia,.. jgn langsung di tuduh menghina islam.

    BalasPadam
  2. Zaman Nabi dulu pun beliau menjadi pemimpin kepada bukan hanya Arab Islam... ramai Arab Quraisy, Arab Yahudi, Arab munafik..so setakat Malaysia ni ehmmmm

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top