Nuffnang

SIASATAN!! MP Bayan Baru Dan Bapa Adam Adli Dipanggil Polis!!


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan bapa aktivis mahasiswa Adam Adli, Abdul Halim Abdul Hamid dipanggil polis untuk siasatan berhubung ucapan mereka dalam himpunan 24 Jun lalu.

Sim dan Abdul Halim menerima notis hari ini yang mengarahkan mereka hadir ke Balai Polis Sentul,

Jalan Kasipillay, jam 1 tengah hari esok.


Sim ketika dihubungi berkata pada malam 24 Jun selepas 33 aktivis mahasiswa ditangkap akibat berhimpun di perkarangan Parlimen, beliau turun ke Balai Polis Jinjang untuk bersolidariti.

“Saya hadir sebagai tanda sokongan dan ada memberi sedikit ucapan. Sebab itu polis panggil saya untuk disiasat,” katanya.

Polis bagaimanapun belum memberi sebarang maklumat akta yang akan digunakan untuk siasatan tersebut.



Sejak pilihan raya umum ke-13, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat disiasat dan ditahan termasuk mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Hasutan 1948.

Antaranya pengarah komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, naib presiden, Tian Chua, penyelaras NGO Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim dan aktivis Pas, Thamrin Ghafar.

Manakala mahasiswa Adam Adli turut direman lima hari dan disiasat di bawah Akta Hasutan ekoran ucapannya dalam sebuah forum pasca PRU-13.
Share this article

1 Komen:

  1. MEMANG PATUT MEREKA2 INI DI ADILI DAN DIHUKUM. PADAN MUKA

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top