Nuffnang

PILIH KASIH!! DENDA RM50,000 Kerana Sediakan Karaoke Di Gerai Makan!! Pusat Karaoke Haram Terus Bebas!!


GILA!! PENIAGA MELAYU DIDENDA RM50,000 HANYA KERANA GERAI ADA KARAOKE!!



TERKEJUT dengan berita yang disampaikan oleh seorang sahabat yang turut bersama-sama YB Budiman melawat sebuah gerai di Kampung Tebuk Pulai Tengah, Sabak Bernam yang dikhabarkan telah didenda RM50,000 hanya kerana gerai kampung yang menjadi tempat bersosial orang kampung mempunyai sudut karaoke yang dikatakan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan, Majlis Daerah Sabak Bernam.

Gerai yang dibina di atas tanah sendiri dan tidak mengganggu tanah rizab mahupun tanah milik kerajaan negeri ini dikejutkan dengan menerima denda/kompaun bernilai RM50,000 dari MDSB kerana dikatakan hanya tidak mempunyai lesen perniagaan untuk berniaga.

Pelik! Itulah yang terlintas difikiran aku sekarang ini. Gerai untuk Melayu mencari nafkah secara halal didenda RM50,000. Sedangkan pusat urut, pub, disco, pusat judi di pekan Sungai Besar dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang denda. Apa ingat pusat mesin judi dan rumah urut haram di Pekan Sungai Besar tu semua ada lesen ke?? Kenapa tak denda atau saman??

Memang dahsyat kerajaan pakatan bekerja sekarang ini. Mana-mana orang Melayu yang hendak berniaga pasti ada cabaran yang datang. Pastinya ada halangan dari talibarut DAP yang berkuasa di dalam Majlis Daerah Sabak Bernam. Apa lagi yang kita boleh kata......

Melayu akan terus miskin di Selangor kerana ada Melayu yang menjadi dalang hancurkan Melayu...

Share this article

2 Komen:

  1. dia menang pun atas sokongan melayu juga, biarlah cakap lebih2 karang dikatakan ampu bn lak,lantaklah... dia org nk kena saman ke roboh gerai ke, tu yg dia org sokong tu yg dia org dpt.pr apa lagi takbirlah utk DAP!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Habis Melayu di Selangor.Di P.Pinang Melayu dah habis...Selangor,KL n seterusnya Johor....lama2 Melayu tak ada negara.Jadi le macam orang Pelestine.Hamas Fatah,Fatah Hamas....negara habis bantai dek Yahudi Israel.Sama gak Melayu d Malaysia....PAS UMNO,UMNO PAS.....lama2 Cina yg kuasai Malaysia.Maka jdi le macam Singapore.Melayu merempat d negara sendiri.Fikir2 le!!!!!!!!!!!

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top