Nuffnang

TAMADUN ISLAM : DAP Bodoh Tak Boleh Diajar - Ahli Akademik!!




Ahli akademik menyifatkan Ahli Parlimen DAP Dr. Ko Chung Sen telah tersalah tafsir berhubung gesaan agar subjek Tamadun Islam ditarik balik sebagai subjek wajib kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bermula September ini.

Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata kursus tersebut yang dikenali sebagai Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merangkumi huraian topik Islam dan bukan Islam serta membincangkan topik hal ehwal Melayu dan bukan Melayu.


Beliau menyifatkan pemahaman terhadap Tamadun Islam dan Asia adalah penting kerana sesuai untuk dipelajari oleh segenap lapisan rakyat Malaysia serta mampu untuk meluaskan pengetahuan pelajar.

"Pembelajaran subjek TITAS dapat melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran kritis dan berpengetahuan luas khususnya mereka yang mengambil jurusan sains dan profesional tidak kira yang menuntut di Institus Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahu pun IPTS," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

"Jika Dr. Ko pernah mengikuti kursus ini, pasti beliau tidak akan mempersoalkan rasional pengajaran subjek TITAS di IPTS malah akan memuji silibus yang cuba diketengahkan dalam subjek berkenaan," tambahnya.

Beliau turut menasihatkan Ahli Parlimen DAP berkenaan supaya tidak terus melihat keburukan berbanding kebaikan pengajaran subjek TITAS di IPTS.

"Dr. Ko tidak seharusnya melihat aspek Islam sahaja yang diketengahkan dalam subjek TITAS tetapi elemen tamadun Asia juga perlu dilihat sebagai pengukuhan terhadap subjek yang dapat membantu pelajar IPTS kelak. Beliau seharusnya membuat analisa secara terperinci berhubung kandungan yang terdapat dalam subjek tersebut dan bukan hanya melontarkan hal yang tidak menyeluruh tentang subjek TITAS," tambah Shamsul Amri.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) memberi ingatan tegas kepada pemimpin pembangkang agar tidak terus mempertikai dan mempersoalkan keistimewaan agama Islam di negara ini.

"Saya tidak terkejut jika DAP terus-terusan bermain dengan isu ini. Hari ini mereka membantah subjek TITAS di IPTS dan tidak mustahil di IPTA juga mereka akan minta untuk mansuhkan."

"Ini merupakan satu kenyataan yang biadap dan kami melabelkan mereka sebagai anti Islam. Ini kerana jika seorang doktor faham tentang ajaran Islam, mereka akan menjadi doktor yang lebih hebat," jelas Setiausaha Agung Perkasa Syed Hasaan Syed Ali ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Amidi Abdul Rahman menyifatkan saranan Dr. Ko itu sebagai satu cadangan yang mentah kerana tiada isu yang dibangkitkan sejak subjek TITAS mula diperkenalkan di IPTA.

Beliau turut menolak dakwaan subjek TITAS tidak membantu mahasiswa dalam melengkapkan pelajar jurusan lain seperti mereka yang menuntut dalam bidang kejuruteraan dan perubatan.

Semalam Ahli Parlimen Kampar Dr. Ko menggesa Kementerian Pendidikan supaya menarik balik Tamadun Islam sebagai subjek wajib kepada pelajar universiti swasta. Beliau berkata tidak ada satu pun universiti di dunia yang mewajibkan subjek berkaitan agama sebagai wajib untuk dipelajari.

Beliau berkata universiti yang mahu mencapai status antarabangsa wajar memberi tumpuan kepada penerbitan penyelidikan, bukan kepada subjek yang tidak memberi sebarang impak. 

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top