Nuffnang

APA DAH JADI!! PAS Rela "PONDAN" Dilantik Setiausaha Politik?




Sejak akhir-akhir ini, isu golongan lelaki yang menyerupai perempuan dengan menampilkan diri sebagai golongan mak nyah atau pondan kembali hangat di Sidang DUN P. Pinang

Pondan atau Mak nyah merujuk kepada lelaki yang mempunyai penampilan fizikal mirip perempuan seperti berambut panjang dengan mengenakan pakaian seperti seorang wanita . Daripada sifat pula, nyata terserlah sifat keperempuanan pada golongan ini dengan imej lembut sehingga ada yang merasakan bahawa diri mereka benar-benar seorang wanita sejati.


Pondan dan Mak Nyah cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan sesama lelaki yang berperawakan wanita kerana daripada segi perasaan. Yang nyata, golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma biologi dan sosial yang mereka miliki.

Apa yang lebih menarik dan menggemparkan tindakan berani Adun DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu hari ini mengumumkan pelantikan seorang "Pondan" atau "Mak Nyah" sebagai setiausaha politiknya.

Teh berkata beliau membuat pilihan tersebut selepas jawatankuasa kerja mengenai isu-isu transeksual dipersetujui wakil BN dan Pakatan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lepas.

Menurut laporan portal malaysiakini, jawatankuasa tersebut, yang pertama dalam urustadbir Pulau Pinang, mendapat sokongan Pengerusi Pembangunan Masyarakat, Keluarga, Belia dan Sukan negeri, Chong Eng.




"Saya menawarkan satu platform untuk komuniti tersebut menyuarakan pandangan mereka dan berjuang untuk hak-hak mereka," kata Teh

Tindakan Teh Yee Cheu pastinya meletakkan beliau dalam radar kontroversi, dan bakal jadi sumber perbahasan yang panas di medan politik arus perdana. Meskipun beliau mengatakan Jawatankuasa yang diketuainya turut dipersetujui wakil BN, namun perlantikan 'Pondan' sebagai Setiausaha Politiknya adalah perkara yang cukup mengejutkan.

Sepertimana dilaporkan, perlantikan 'pondan' sebagai Setiausaha Politik adalah untuk mempertahankan isu-isu transeksual yang bakal dibangkitkan.

Menurut sumber, Setiausaha Politik tersebut beragama Islam dan dikenali sebagai Hazreen Shaik Daud, berusia 33.

Selaku sekutu DAP, seluruh perhatian sedang ditumpukan ke arah PAS yang selama ini lantang mengkritik sebarang bentuk pengaruh LGBT dalam perjuangan mereka. Apakah PAS akan bersetuju dengan DAP dan PKR untuk sama-sama mempertahankan hak 'pondan' sebagaimana yang sedang diusahakan DAP dan Teh Yee Cheu.


Keputusan Fatwa Mengenai Perbuatan Pondan, Pengkid Atau Tomboi:

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah, dan pandangan yang dikemukakan, telah bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang mempunyai imej dan gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (mak nyah/ pondan) sama ada dari segi pakaian, penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah haram di sisi Islam.

Jawatankuasa Fatwa juga menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar yang sebaiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan. Supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah manusia.

Keterangan/Hujah:

1. Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki atau lelaki menyerupai wanita, majoriti ulama bersepakat bahawa Islam melarang keras daripada terjebak kepada perbuatan tersebut. Merujuk kepada kitab muktabar Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya. Kata Rasulullah SAW,

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ

Maksudnya: “Daripada Ibn Abbas RA, katanya, “Telah melaknat Rasulullah SAW kepada mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita.”

(Direkodkan oleh Bukhari, no. 5886)

Maksud menyerupai dalam konteks hadis di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.


Untuk adil kepada PAS, saya juga sedang tertunggu-tunggu komen pemimpin PAS tentang hal ini. kerana PAS sering berbeza pendapat dengan PKR dan DAP dalam isu 'pondan' mahupun LGBT.

Samada PAS akan akur kepada kemahuan DAP atau tidak? sama-sama kita tunggu fatwa terkini dari ulama PAS..


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top