Nuffnang

KALAH LAGI!! Khalid Samad Kecewakan PAS Besut


Menjelang PRK Kuala Besut, PR menerima lagi tamparan dari Mahkamah.

Jika semalam ketua PKR Pulau Pinang disita barangannya, kali ini giliran Khalid Samad pula membayar kos mahkamah.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak saman fitnah Khalid Samad terhadap Ketua Penerangan Umno Hamidah Osman berhubung dakwaan penyiaran gambar superimpose (pertindihan) anggota Parlimen Shah Alam itu yang berpakaian jubah paderi.

Khalid mendakwa gambar itu dimuatkan dalam artikel di blog Hamidah (kanan).

Bagaimanapun Pesuruhjaya Kehakiman Hashim Hamzah mengetepikan saman itu kerana plaintif gagal menunjukkan artikel asal di blog itu.

Hashim memerintahkan Khalid membayar kos RM20,000.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Nor Emelia Iszeham yang mewakili Hamidah mengesahkan perkara itu.

Dua kes yang tewas di Mahkamah serta isu "pondan" dilantik Setpol di Penang dilihat amat merugikan PAS yang ketika ini seolah-olah berperang bersendirian di Kuala Besut.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top