Nuffnang

AMEKKAU!! : 26 Penari Tiang Kena Cekup!!


Sebahagian daripada 26 GRO yang ditahan dalam serbuan di dua premis di Taman KIP, Kepong, semalam


KUALA LUMPUR - Keasyikan 26 pelayan pelanggan (GRO) melakukan aksi tarian tiang terbantut apabila polis melakukan serbuan di dua premis hiburan di Taman KIP, Kepong, awal pagi semalam.

Jurucakap polis berkata, dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi itu, enam daripada GRO terbabit warga Thailand, empat Vietnam dan dua China, manakala selebihnya rakyat tempatan, termasuk seorang remaja 16 tahun.

Menurutnya, 12 GRO asing itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk tinggal dan bekerja di negara ini.

"Siasatan mendapati GRO ditahan berpakaian seksi dan menunggu di hadapan premis bagi menarik perhatian pelanggan, sebelum menghiburkan mereka dengan tarian tiang.

"Mereka juga bijak mencari wang lebih dengan mengumpul tip hasil jualan kalungan bunga dan mahkota bernilai RM10 dan boleh mencecah sehingga RM100," katanya.

Beliau berkata, semua GRO terbabit dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang berminat.

"Semakan menunjukkan dua premis hiburan yang beroperasi sehingga jam 4 pagi itu dipercayai dimiliki dua individu sama," katanya.

Semua GRO berusia 16 hingga 36 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk tindakan lanjut.

Turut ditahan, seorang penjaga dan dua pekerja premis hiburan terbabit.

Share this article

1 Komen:

  1. dah bosan aku nak komen. tiap ari tangkap, esok ada lagi. penguatkuasa ada share ke? aku dengar dari mulut pelacur sendiri, ada sesetengah kawasan tu bebas polis, imigresen dll jabatan sebab diorg makan free kat rumah urut dah pusat pelacuran.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top