Mayat rentung yang masih berasap ditemui di tepi jalan menuju ke kawasan Lebuh Raya Ampang-Ulu Klang berhampiran menara tinjau Bukit Ampang, awal pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd Nazri Nawawi berkata, mayat yang dipercayai dibakar dengan tayar motosikal itu, ditemui orang awam kira-kira jam 10.45 pagi.
Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati mayat berkenaan terbakar 100 peratus.
“Keadaan itu menyukarkan kita untuk mengenal pasti identiti serta jantina mangsa. Dokumen pengenalan diri miliknya juga tidak dijumpai.
“Bagaimanapun, masih terdapat kesan pakaian yang melekat pada badan mangsa,” katanya.
Mohd Nazri berkata, pihaknya percaya mangsa baru sahaja dibunuh, sebelum ditemui orang awam.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh.
Katanya, sesiapa yang kehilangan kenalan atau ahli keluarga dimintahubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian, 03-42897222 atau pergi ke mana-mana balai polis terdekat.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....