Nuffnang

KUASA TUHAN!! REMAJA GUNA SEJADAH SELAMATKAN DIRI



SEGAMAT: Dua penjenayah, seorang daripadanya bersenjatakan pisau, lari lintang pukang selepas ditewaskan oleh seorang pelajar sebuah sekolah agama yang hanya menggunakan sejadah sebagai senjata ketika rumahnya di Bandar Putra di sini, dipecah masuk, hari ini.


Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa, Abdul Hanan Hasan, 18, yang berseorangan di rumah serta bersekolah di sebuah sekolah agama di sekitar kawasan berkenaan terjaga daripada tidur ketika hendak ke bilik air. 

"Selepas solat Isyak, saya terlena di atas sejadah di ruang tamu rumah dan terjaga kerana terasa mahu ke bilik air. 

"Saya kemudian ke ruang tamu semula untuk melipat sejadah sebelum berjalan ke arah bilik dan terkejut apabila seorang lelaki tiba-tiba menegur saya sambil mengugut supaya saya menyerahkan wang tunai serta motosikal jika mahu selamat," katanya.

Abdul Hanan berkata, dia kemudian mencabar lelaki terbabit sebelum penjenayah lingkungan 20-an itu menyerangnya.

"Saya menumbuk mukanya dengan tangan kiri memandangkan tangan kanan masih memegang sejadah menyebabkan dia terjatuh ke lantai. 

"Bagaimanapun, tiba-tiba saya dipukul dari belakang dengan topi keledar oleh seorang lagi lelaki. Seorang daripada penjenayah terbabit mengeluarkan pisau dan cuba menikam saya," katanya. 

Abdul Hanan berkata, dia nekad menggunakan sejadah itu untuk menghalang tikaman sebelum berlaku pergelutan di antara mereka. 

Menurutnya, dia kemudian berjaya menjatuhkan pisau penjenayah selepas memukul lelaki terbabit dengan sejadah. 

Kedua-dua mereka kemudian berlari keluar sebelum memanjat pagar rumah dan melarikan diri. 

"Akibat bergelut dengan penjenayah, bahagian belakang badan luka, bahu kiri pula menerima lima jahitan selain calar di bahagian badan lain," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Hanafi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian. 

"Pelajar berkenaan bertindak berani, namun saya menasihati orang awam supaya segera memaklumkan kepada polis jika berdepan dengan perkara kecemasan seperti itu," katanya. 

Menurut beliau, setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan kedua-dua penjenayah dipercayai lingkungan 20-an. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394, Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

Share this article

2 Komen:

  1. Abdul Hanan ini bakal PENDEKAR MELAYU/ISLAM kita - bantulah dia, ya ALLAH ya Tuhan ku! Apalagi, masjid-masjid, asrama-asrama dan sekolah-sekolah agama asyik terbakar - sungguh mencurigakan.

    Saya syak sekarang penjenayah-penjenayah asing dan tempatan, termasuk geng kongsi gelap yang ditaja parti politik tempatan dan sekutu Barat-Zionisnya, yang benci orang Islam/Melayu, dengan kejam makin mensasarkan yang Melayu/Islam, termasuk melalui rompakan, merogol (termasuk kanak-kanak), pembunuhan kejam dan kemalangan jalan raya – cuba lihat kemalangan jalanraya yang semakin menjadi dan ganas terutamanya kepada orang Melayu/Islam, terutamanya pemandu/penumpang motosikal dan kereta (terutamanya jenerasi muda termasuk dari universiti - orang Islam senang dikenali dari tudung, kopiah atau jubah mereka, ataupun ayat-ayat al-Quran di kereta atau motosikal). seperti kes-kes di atas .

    Dahlah itu, pemimpin-pemimpin Islam/UMNO asyik meninggal mengejut, terutamanya dengan kanser (yang boleh disebabkan suntikan racun kimia oleh ejen pengganas, modus operandi biasa CIA-MI6-Mossad) atau kemalangan jalan raya.

    Jadi biarlah polis memberitahu dengan lebih jelas, latarbelakang pemandu dan penjenayah yang menyebabkan kemalangan dan jenayah. Dan pemandu yang cuai, dan menyebabkan kemalangan, harus dihukum berat dan perlu membayar pampasan kepada keluarga mangsa, terutamanya syarikat-syarikat pemandu lori yang ganas dan pemandu kereta yang kaya, terutamanya yang 4WD. Bahkan penjenayah-penjenayah lain juga harus bayar pampasan melalui kerja berat dalam penjara dan kemudian dari duit gaji kerja ini, bukan ´hanya dihukum penjara untuk goyang kaki, terutamanya penjenayah warga asing! Dan yang warga asing, dihalau ke jel negara mereka sendiri serta dipastikan tidak dapt masuk bumi ini SELAMANYA!

    MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    (PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAPigs/PKR/Red beans militiaPIGS durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

    BalasPadam
  2. harus tenang menghadapi keadaan darurat

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top