
TERBARU : SINDIKET GUNA WANITA BERAHI UMPAN DALAM WeChat
Kuala Lumpur: Populariti laman sembang terkini, WeChat dalam kalangan remaja sejak kebelakangan ini diambil kesempatan oleh sindiket pelacuran untuk mempromosi aktiviti tidak bermoral, seperti khidmat urutan badan ke badan (B2B) dan pakej asmara.
Berdasarkan pemantauan, rata-rata sindiket dan wanita yang menawarkan pakej berahi secara sambilan itu mencari bakal pelanggan melalui WeChat dengan menggunakan fungsi ‘Look Around’ yang membolehkan mereka mencari dan mengenal pasti pelanggan berpotensi.

ANTARA wanita yang dipaparkan untuk dipilih bakal pelanggan.
Perkara itu didedahkan sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 36, selepas menerima pelawaan menjadi rakan dalam WeChat sindiket berkenaan.
Mereka memilih pelanggan secara rawak sebelum menggoda dengan pelbagai cara, termasuk memberi sambungan (link) Internet untuk memasuki laman web yang menawarkan maklumat lengkap mengenai pakej ditawarkan.
Lebih membimbangkan, sindiket terbabit cuba menarik perhatian pelanggan sasaran dengan menawarkan gadis dari pelbagai negara, termasuk Korea Selatan dan Jepun, dengan harga mencecah RM600 untuk satu sesi 45 minit, bergantung kepada kecantikan gadis.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



malaysian embassy in bangkok sealed after myanmar ...

trouble at kl tower fahmi fadzil government and li...

melaka has been attracting visitors for more than ...

business with limited resources 1qfqr

minister be civil when posting on 3r issues

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
hanya orang dangklal yang kepincut
BalasPadam