Nuffnang

FITNAH!!! KJ NAFI ARAH BATALKAN PROGRAM TUN MAHATHIR DENGAN ANAK MUDA!!




PANASSSSS..... KECOH SEHARI DUA INI DAKWAAN MENTERI MUDA KABINET MALAYSIA IAITU MENTERI BELIA DAN SUKAN YANG BARU DILANTIK KHAIRY JAMALUDDIN BAHAWA BELIAU TELAH MEMBATALKAN PROGRAM BICARA TOKOH BERSAMA NEGARAWAN ULUNG NEGARA TUN MAHATHIR. 





KHABARNYA JUGA TINDAKAN KHAIRY KERANA RASA TAKUT BELIAU KEPADA AURA TUN M YANG MEMBAYANGI SETIAP TINDAKANNYA. KHABARNYA LE...

NAMUNNNN...........

MELALUI RISIK-RISIK "AHR" PROGRAM ITU SEBENARNYA TIDAK DIBATALKAN, TETAPI TELAHDITANGGUHKAN KE SATU TARIKH YANG BARU. MALAH, PEJABAT TUN M SENDIRI TELAH DIMAKLUMKAN TENTANG PENANGGUHAN TERSEBUT DAN TARIKH BARU TELAH DIPOHON MENGIKUT MASA DAN KELAPANGAN TUN M SENDIRI.

SEMENTARA ITU, KJ DALAM PAGE FACEBOOKNYA TELAH MENAFIKAN TOHMAHAN TERSEBUT YANG LEBIH BERNIAT NEGATIF DENGAN CUBAAN UNTUK MELAGA-LAGAKAN BELIAU DENGAN BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA TERSEBUT.


Seperkara lagi yang saya nak jelaskan. Ada rakan-rakan yang tanya saya tentang program anjuran International Youth Centre (IYC) yang dibawah pengelolaan KBS. Program yang dimaksudkan itu adalah Bicara Wawasan bersama YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ada cerita yang tersebar dalam FB bahawa saya telah mengarahkan program itu dibatalkan. Tuduhan itu tidak benar sama sekali.

Saya difahamkan program itu hanya ditangguh kepada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian. Saya tidak terlibat langsung dalam keputusan penangguhan ini.

Saya minta kepada semua, janganlah buat andaian atau spekulasi tentang perkara ini. Saya tiada apa-apa niat untuk menghalang program-program yang memberi faedah kepada orang muda, terutamanya majlis ilmu yang disampaikan oleh seorang negarawan.

Saya masih menaruh harapan yang tinggi bahawa YABhg akan bersama dengan IYC untuk menyampaikan amanat beliau dalam masa yang terdekat.

Jangan melagakan orang sebab tidak ada kerja lain. Ini masa untuk kita kerja, bukan masa untuk bergaduh.

Ingat cakap orang lama (ini favourite MB NS): Bila antan sama antan berlaga, ayam tepi lesung juga yang kenyang.





APA NAK JADI DUNIA SEKARANG!!!

KHABAR ANGIN DAN CAKAP-CAKAP KOSONG TANPA ASAS DAN BUKTI YANG KUKUH DITERIMA DAN DIJADIKAN BAHAN UNTUK DISEBARKAN...

BAGI "AHR", TINDAKAN MEREKA INI MENYEBARKAN FITNAH LEBIH BERSIFAT PERIBADI DAN DENDAM. RASA TIDAK PUAS HATI JUGA MUNGKIN ADA SELEPAS MELIHAT KJ MASIH BERTAHAN WALAUPUN TERUK DIHENTAM OLEH GOLONGAN-GOLONGAN TERTENTU.

APA PUN, "AHR" MELIHAT DALAM TEMPOH SEBULAN LEBIH KJ MENERAJUI KBS NI... BANYAK JUGA TEGURAN-TEGURAN "MEMBINA" DALAM MEMBANGUNKAN SUKAN SERTA BELIA YANG DILAKUKAN KJ.

HARAP TEGURAN-TEGURAN ITU DAPAT DIJELMAKAN MELALUI TINDAKAN SUSULAN.

APA PUN, "AURA" KJ KETIKA INI BEGITU DIRASAI OLEH ANAK MUDA. LIHAT SENDIRI JUMLAH FOLLOWER ATAU LIKE DI FACEBOOK. RASANYA SELEPAS YAB PM, KJ ANTARA MENTERI YANG DIIKUTI RAMAI KHUSUSNYA OLEH ANAK MUDA.

TERUSKAN PERJUANGAN YB!!!

- SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top