Nuffnang

BIADAP!!! YB ADUN DISERANG!!



Cermin belakang SUV miliknya turut pecah dibaling batu.


BUKIT BERUANG - Selepas cermin keretanya dipecahkan dua minggu lalu, sekali lagi, Adun Ayer Keroh dari DAP, Khoo Poay Tiong menerima kejutan apabila pagar dan sebuah keretanya yang lain pula disimbah cat merah.

‘Kejutan’ itu disedari Poay Tiong ketika keluar dari rumahnya di Jalan D1, Taman Dahlia, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi.

LAGI GAMBAR DAN BERITA PENUH...



Cermin belakang kereta turut pecah.


Poay Tiong berdiri di hadapan pagar rumahnya yang disimbah cat merah



Poay Tiong (dua, kiri) menerangkan sesuatu kepada pegawai penyiasat.


Menurutnya, keadaan kereta jenis Honda CRV terpakai yang baru dibelinya sebelum PRU13 masih dalam keadaan baik ketika beliau pulang ke rumah jam 12 tengah malam kelmarin.

“Saya balik ke rumah kira-kira jam 12 tengah malam selepas selesai urusan sebagai Adun dan sebelum memasuki rumah, keadaan kereta dan pagar rumah masih baik.

“Namun ketika keluar dari rumah jam 7.30 pagi saya melihat terdapat cat merah pada pagar dan kereta serta lantai garaj,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Poay Tiong berkata, cermin belakang kenderaan kemudahan sukan (SUV) miliknya turut pecah dipercayai dibaling batu berikutan terdapat objek keras itu di atas lantai.

“Perbuatan ini mungkin dilakukan antara jam 12 tengah malam hingga 7.30 pagi namun kira-kira jam 1 pagi saya ada terdengar bunyi sesuatu dari luar rumah.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa malah menyangka mungkin bunyi itu dilakukan kucing lalu saya terus sambung tidur,” katanya.

Beliau berkata, mujur tiada perkara lebih buruk berlaku di dalam rumah yang turut dihuni isteri, Lee Wei Cheng, 43, dan tiga anak perempuannya berusia dari lima hingga 15 tahun.

“Saya tidak ada musuh membabitkan perkara lain, namun saya tidak menolak kemungkinan perbuatan ini berunsur politik dan mungkin juga berkaitan kritikan saya di dalam politik baru-baru ini.

“Mungkin saya ada tersalah cakap menyebabkan ada yang tidak puas hati dengan saya. Kalau ada yang tidak berpuas hati, saya sedia berunding. Banyak saluran boleh digunakan untuk berbincang,” katanya.

Menurut Poay Tiong, beliau yang menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis turut berharap rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya boleh membantu untuk menyiasat kejadian berkenaan sekali gusmenyelesaikan kes.

“Kejadian seumpama ini kali kedua saya alami apabila kali pertama cermin bahagian kiri belakang kereta jenis Kia Sportage saya dipecahkan orang pada 13 Jun lalu dan laporan polis sudah saya buat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 9.20 pagi.

“Kami menerima laporan di Balai Polis Bukit Baru sebelum memaklumkan kes berkenaan kepada anggota ronda dari Balai Polis Ayer Keroh lalu membuat tinjauan ke tempat kejadian.

“Rakaman CCTV akan diambil untuk membantu kes yang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah,” katanya.

- SUMBER


BB : AMAT-AMAT TIDAK SUKA POLITIK ATAU PERLAKUAN SEBEGINI, TAK KIRALAH SAPE DARI PARTI MANA PUN. KEGANASAN DAN PROVOKASI MELAMPAU MEMANG TIDAK BOLEH DITERIMA!!!
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top