Nuffnang

MISS WORLD : JAWI Bakal Jadi "SAWI" Kerana Desakan Dan Kutukan Peserta!!!



Empat gadis Islam yang merupakan finalis Miss Malaysia World 2013 sebelum digugurkan penyertaan mereka, berkemungkinan besar akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Perkembangan terbaru ini disahkan sendiri Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali setelah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim pada Khamis.

"Saya belum membuat keputusan lagi. Tetapi saya akan mengumumkan keputusan kepada umum minggu depan. Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013." 

Bagaimanapun, pihak penganjur belum dapat membuat keputusan rasmi kerana masih menunggu pengumuman Che Mat berhubung keputusan dari pihaknya yang dijangka akan dibuat sama ada hari Isnin atau Selasa minggu depan.

"Mesyuarat itu berhasil dan pengumuman mungkin boleh dibuat pada awal minggu depan."

Sebagai makluman, pertandingan peringkat akhir Miss World tahun 2013 akan diadakan di negara jiran, Indonesia, manakala nama empat gadis Islam yang digugurkan itu ialah Wafa Johanna De Korte, Sara Amelia Muhammad Bernard, Miera Sheikh dan Kathrina Ridzuan -

Ya Allah!!! Janganlah sampai ke tahap ini pihak Jabatan Agama. Jangan mudah melatah! Agama bukan boleh dijual-beli.

Kalau lihat gambar di atas sahaja sudah jelas mereka ini tidak menutup aurat di mana HARAM hukumnya. CUKUP JELAS!! Apatah lagi bila ia diperagakan di khalayak ramai.

Dalam perkembangan terkini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini menafikan akan memberi kebenaran kepada empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam menyertai semula pertandingan berkenaan seperti dilaporkan sebuah portal tempatan baru-baru ini.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali berkata, Jawi sehingga kini belum membuat keputusan berhubung isu itu memandangkan ia masih dalam siasatan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelepasan konvoi program kembara Dakwah Ramadan ke Rumah Anak-anak Yatim Al-Ihsan, Bentong, Pahang di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Razali Shahabudin.

Cukup-cukuplah agama kita dipermainkan!!!

Share this article

3 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top