Nuffnang

PANASS!! Persatuan "HOT MAMA" Aktif Memburu "MANGSA"!!




Ini bukan kes cerita seks suami isteri, tetapi ni kes isteri yang mencari kepuasan dengan lelaki lain.

Dunia kata pergi, kubur kata mari tapi manusia terus membangangkan diri bila kekayaan menguasai. Asal hajat dihati bila kaya nak menabur bakti, tapi bila mengecapi bertukar menjadi senang bersilih ganti. Sama-sama kita ambil iktibar dari cerita ni. 

Jangan takabur kau takkan terlibat, sebab kau sendiri belum dicuba menjadi seorang kaya dan bernafsu. Apa yang penting sentiasa berdoa dijauhi segala perkara kemaksiatan.

Cerita Hot Mama hangat diperkatakan terutama sekali dalam laman sosial Facebook. Ramai yang terkejut kerana seorang wanita yang sudah bergelar ibu dan masih lagi bersuami melakukan sesuatu di luar jangkaan. Hot Mama sebenarnya hanya mencari hiburan dengan tujuan utama untuk menjadikan tempat melepaskan nafsu. Kami kongsikan satu kata menarik mengenai Hot Mama ini.

“Selayaknya, Linda iaitu salah seorang isteri muda yang menjadikan nafsu sebagai raja dalam hidupnya direjam sampai mati. Itulah hukum hudud yang perlu dilaksanakan. Tapi kalau mengikut hukum yang manusia lemah seperti kita buat ini, maka ringanlah hukumannya”

Ini pula ulasan dari akhbar Harian Metro berkenaan isu Hot Mama ini.

Mereka sudah bersuami dan ada anak, malah boleh dikategorikan dalam golongan berada. Namun kerana ingin mencari kepuasan nafsu, mereka sanggup menggunakan kecantikan dan ‘aset’ dimiliki bagi mencari hiburan di luar.

Mencari lelaki bujang mahupun yang berkeluarga untuk dijadikan teman dan tempat melepaskan nafsu sentiasa menjadi keutamaan. Tidak kira waktu terluang, mereka yang seakan-akan bernaung di bawah kelab ‘Hot Mama’ ligat mencari teman.

Di rumah, merekalah isteri, ibu dan suri rumah tangga, tetapi apabila di luar bersama rakan, mereka seolah-olah gadis remaja yang sentiasa mencari teman untuk bersosial.

Menerusi penyamaran, wartawan ini berjaya menjejaki kumpulan berkenaan, sekali gus membongkar aktiviti sulit golongan ini.

Tanpa berselindung, beberapa wanita berusia dalam lingkungan 30-an yang ditemui menceritakan kisah hidup yang sentiasa sepi tanpa belaian lelaki.

Menurut Linda “hot mama”, 31, dia mencari hiburan di luar bagi mengisi kekosongan diri kerana sering diabaikan suami yang sentiasa sibuk dengan perniagaan.

Cukuplah setakat ini, tidak perlu menceritakannya sampai habis. Cuma, sesuatu yang perlu diberi perhatian dan difikirkan ialah gejala atau kegiatan ini seolah-olah "bebas" tanpa sebarang tindakan. Bukannya "mereka" tidak tahu. Kalau seorang wartawan pun boleh membongkar kegiatan ini, apatah lagi "mereka" yang cukup diberi latihan dan kepakaran dalam kerja-kerja penyiasatan dan pendakwaan.

Jadi, di mana yang perlu dipersalahkan. 

BB sendiri berhadapan dengan keadaan di mana "Isterimu, isteriku jua. Suamimu, suamiku jua" Astaghfirullah al azim.

FikIr-fikirkan...
Share this article

3 Komen:

  1. Lelaki miang jugak. Berapa peratus je kaum Hawa sabagini? Bandingkan dengan lelaki? Lesen apa yang dipakai lelaki? Dah kena tangkap baru kata hak berkawin lagi.

    BalasPadam
  2. Apabila rosak wanita maka rosaklah negara..

    BalasPadam
  3. Sudah menjadi lumrah manusia yg tidak takut akan siksaan allah.Manusia dilahirkan dgn cukup sifat dan begitu cantik dan sempurna dijadikan allah termasuklah dengan akal dan fikiran serta hati dan perasaan.Perasaan yg susah manusia untuk mengelak adalah nafsu atau keinginan yg terlampau yg terkeluar dari batasan sikap manusia.Manusia yang mempunyai sikap demikian adalah manusia yang lupakan akan ajaran islam dan Seratus peratus tidak mempercayai akan kesucian agama islam dan tiada peganggan kuat tentang akidah.Hanya berserah pada allah agar mereka mereka yang melakukan kemungkaran dan kemaksiatan ini diberi pengajaran dan pertunjuk agar kembali ke pangkal jalan.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top