Nuffnang

GAMBAR: FOTO Majlis Pernikahan Abby Abadi Dan Farhan Pula Tersebar!!




Dunia hiburan digemparkan dengan berita perkahwinan mengejut dua pasangan pelakon iaitu Abby Abadi dengan Farhan serta Ashraf Muslim dengan Sakinah.

Sebelum ini tersebar gambar pernikahan Ashraf, kini giliran gambar-gambar pasangan Abby dan Farhan memenuhi media online.


Berita perkahwinan mengejut pelakon Abby Abadi dengan Farhan dua minggu lepas turut tidak diketahui bekas suaminya, Norman Hakim.

Ekoran itu, wartawan media hiburan telah menghubungi suami kepada Memey untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan respon beliau.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan respon Norman tidak berjaya dan hanya diwakili isterinya, Memey Suhaiza.

Menurut Memey, dia gembira dengan perkahwinan bekas isteri suaminya itu walaupun secara senyap-senyap tanpa pengetahuan sesiapa.

"Saya dan abang berkongsi kegembiraan dengan apa yang dimiliki Abby sekarang. Kami mendoakan semoga dia bahagia dan jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekali lagi tahniah untuknya." 

Ditanyakan samada mereka ada dimaklumkan oleh Abby berkenaan perancangannya untuk berkahwin dalam masa terdekat, Memey hanya menjawab ringkas.






"Dia hanya beritahu 'hint' dan akhirnya kami pun maklum akan hal ini."














Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top