Nuffnang

SUSAH SENANG BERSAMA : Keluar Parti Andai Hanya Bermuka-Muka!!!


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta ahli UMNO yang berpaling tadah selepas pemimpin dan parti jatuh serta kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), supaya keluar daripada parti itu.

Beliau berkata, UMNO hanya memerlukan ahli yang sanggup susah dan senang bersama parti.

"Kadang-kadang ada juga orang kita melaungkan kesetiaannya, tapi kesetiaan waktu kita berkuasa. Apabila kita dah tak ada kuasa, bendera UMNO dipijak-pijaknya.

"Orang begini memanglah lebih baik dia keluar UMNO. Kita hanya nak orang setia dan sanggup atau berani mati dalam UMNO," katanya seperti dilaporkan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu ketika berucap di hadapan sekumpulan penyokongnya di sebuah restoran, di sini, semalam.

Bekas Presiden UMNO itu yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan anaknya diraikan pada majlis ramah mesra anjuran Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dan Wanita UMNO Cawangan Pulau Ketam.

Najib turut melahirkan kesedihan beliau atas kekalahan UMNO (Barisan Nasional) pada PRU-14 dan antara faktornya ialah ahli parti itu sudah lupa prinsip serta nilai perjuangan mereka.

"Kita lebih mementingkan apa yang kita boleh dapat. Kita lebih pentingkan kelompok kita sendiri, sehingga kalau kita tak dapat apa kehendak kita, kita sanggup membelakangkan parti.

"Malah ada juga berkelakuan seperti mengugut parti kita jika tak jadi calon, yang anehnya ia dilakukan oleh mereka yang ada jawatan dalam parti. Kalau inilah perangainya, maka tak hairanlah bila pembangkang mengasak kita, orang melihat UMNO ini dalam satu keadaan, di mana kita sudah lupa akan nilai tradisi perjuangan," katanya.

SUMBER
Share this article

3 Komen:

  1. maaf dato najib. kalau lepak lagi denganmu, apa pun tak dapat, kereta, rumah nak bayar dengan apa!

    BalasPadam
  2. Baik lepak dgn PH, dpt jd anjing kafir harbi.

    BalasPadam
  3. masuk sg buloh bersama

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top