Nuffnang

MALAYSIA BARU : Tiada Lagi Sensitiviti Islam, Majlis Dihadiri Timbalan Menteri Hidang Menu Babi


Sikap tidak sensitif penganjur Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong, di sini, malam tadi menyebabkan beberapa wartawan beragama Islam dan Hindu hampir termakan daging babi.


Lebih mengecewakan, tiada seorang pun wakil pihak penganjur memaklumkan jenis hidangan di atas meja itu, sebelum wartawan beragama Islam yang hadir membuat liputan duduk semeja bersama wartawan bukan Islam.

Wartawan Utusan Malaysia, Fadzly Izab, 33, berkata beliau sangat terkejut, malah menyifatkan penganjur tidak beradab apabila menghidangkan menu babi di mejanya ketika sedang membuat liputan.

“Saya sudah syak dari awal hidangan menu pada majlis itu tidak halal sehingga pelayan menghidangkan menu daging babi di atas meja wakil media. Jadi, ini bermakna semua hidangan yang dihidangkan sudah pasti diyakini tidak halal kerana disediakan oleh tukang masak dan dapur sama.

“Perkara ini sangat sensitif dan boleh mengundang kemarahan individu yang beragama Islam, termasuk juga daripada agama lain,” katanya yang kesal dan terkilan perkara seperti itu boleh berlaku dalam majlis yang dihadiri tetamu pelbagai lapisan agama serta bangsa.

Sementara itu, wartawan beragama Hindu dari Tamil Nesan, A Kaviarasan, turut tidak bersetuju dengan tindakan penganjur menghidangkan menu berkenaan dan menganggap ia keterlaluan.

“Walaupun bukan beragama Islam, agama Hindu juga tidak membenarkan penganutnya makan babi. Saya kecewa kerana mereka langsung tidak sensitif mengenai perkara ini.

“Tetamu yang hadir juga bukannya dari satu bangsa saja, mereka (penganjur) perlu peka dengan semua perkara ini,” katanya.

Difahamkan, majlis terbabit dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin selain beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan tetamu kehormat.

Sementara itu, Yang Dipertua Kelab Media Massa Melaka (KEMM), Samat Majid, sudah memanjangkan isu berkenaan kepada pihak kerajaan negeri dan penganjur supaya membuat permohonan maaf secara terbuka bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

“Kita kesal perkara seperti ini boleh berlaku disebabkan sikap tidak sensitif penganjur terhadap kumpulan wartawan beragama Islam yang membuat liputan,” katanya. – BH
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top