Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

#United4Malaysia : 37 Pekerja Korea Utara Ditahan Di Sarawak


Jabatan Imigresen menahan 37 pekerja pembinaan warga Korea Utara selepas didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka ke negeri ini dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan. 

Difahamkan, semua pekerja terbabit ditahan dalam operasi rutin di sebuah tapak pembinaan di Kuala Tatau, di sini antara jam 10 pagi hingga 1 tengah hari tadi. 

Selain Jabatan Imigresen, turut terbabit dalam operasi itu ialah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin. 

Sumber memberitahu BH, operasi itu juga susulan arahan dikeluarkan kerajaan yang melarang keluar warga Korea Utara ke negara ini, selain mewajibkan penggunaan visa bagi yang memasuki negara ini. 

"Ketika operasi dilakukan, sebahagian besar pekerja terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan diri kerana pasport masing-masing disimpan oleh majikan mereka. 

"Agensi berkaitan sedang berhubung dengan majikan terbabit bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk membantu siasatan, selain mematuhi prosedur berkaitan," katanya. 

Katanya, hasil semakan mendapati semua pekerja terbabit tidak mempunyai permit kerja yang sah, sebaliknya menyalahgunakan pas lawatan sosial diberikan kepada mereka. 

"Semua pekerja terbabit mempunyai rekod dengan Jabatan Imigresen untuk memohon permit kerja, namun tidak diluluskan atas sebab-sebab tertentu," katanya. 

Keseluruhannya, terdapat 170 warga Korea Utara bekerja di negeri ini, masing-masing dalam sektor perlombongan arang batu dan pembinaan di Sri Aman, Bintulu dan Lawas. 

Sumber berkata, semua pekerja terbabit kini ditempatkan di Pusat Operasi Jabatan Imigresen Bintulu sementara menunggu pasport mereka diserahkan oleh majikan masing-masing. 

"Sejurus pasport mereka diserahkan, setiap pekerja terbabit akan didenda RM300 atas kesalahan tinggal lebih masa dan bayaran RM100 untuk pas khas selama 30 hari. 

"Mereka kemudian diberi tempoh 30 hari untuk proses pengusiran ke negara asal, dengan pasport mereka disimpan Jabatan Imigresen sementara menunggu prosedur itu. 

Setiap pekerja terbabit perlu menanggung sendiri kos tiket penerbangan masing-masing untuk pulang ke negara asal," katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Sports

Gallery

Networkedblog

MENARIK

Social Share

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top