Nuffnang

SEMAKIN PANAS : VIDEO - Zahid Respon Tindakan Korea Utara Halang Rakyat Malaysia Tinggalkan Korea Utara


Seoul: Kerajaan Korea pimpinana Kim Jong-un telah mengeluarkan larangan kepada semua rakyat Malaysia daripada meninggalkan Korea Utara, lapor media negara itu, hari ini, lapor Reuters.
Reuters memetik agensi KCNA, tindakan itu mungkin satu cara untuk menjadikan mereka tebusan ketika sengketa diplomatik antara kedua-dua negara semakin buruk berikuran pembunuhan Kim Jong-Nam di Kuala Lumpur.

Ianya juga sebagai cara untuk memastikan keselamatan para diplomat dan rakyatnya yang masih berada di Malaysia.

“Semua rakyat Malaysia di Korea Utara akan dilarang buat sementara waktu daripada meninggalkan negara ini sehingga peristiwa yang berlaku di Malaysia diselesaikan secara teratur,” menurut laporan Agensi Berita Pusat Korea yang memetik kenyataan kementerian luar.

Pihak Kementerian Luar Korea Utara juga telah memaklumkan kepada kedutaan Malaysia di Pyongyang berhubung keputusan mereka itu di mana mereka berharap kes tersebut dapat diselesaikan secara adil.

Respond Serta Merta Kuala Lumpur

Semua kakitangan kedutaan Korea Utara dilarang dari meninggalkan Malaysia berkuat kuasa serta merta.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat pengumuman itu hari ini susulan perintah Pyongyang yang melarang rakyat Malaysia dari meninggalkan Korea Utara.
"Malaysia has banned all North Korean embassy officials from leaving the country" - Zahid @themmailonlinepic.twitter.com/eJFu9X0YI9— Kamles Kumar (@Kama7esh) March 7, 2017
Difahamkan 11 orang rakyat Malaysia berada di Korea Utara ketika ini. Sembilan daripadanya kakitangan kedutaan dan ahli keluarga mereka, manakala 2 lagi sebahagian daripada Program Makanan Dunia PBB.


KLIK SINI andai tidak dapat melihat video di atas

Malaysia akan mengambil tindakan berdasarkan Konvensyen Geneva bagi menyelesaikan isu sekatan keluar oleh Pyongyang terhadap pegawai dan kakitangan kedutaan Malaysia di Korea Utara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia tidak akan merujuk kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas tindakan terbaru Korea Utara itu.

Beliau turut memaklumkan tindakan sekatan keluar oleh Jabatan Imigresen di seluruh negara hanya dibuat kepada pegawai dan kakitangan kedutaan Korea Utara.

“Kita akan mengambil beberapa tindakan berdasarkan Konvensyen Geneva yang kita tandatangani sebagai sebuah negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan negara lain,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Ditanya sama ada wujud ancaman terhadap rakyat Malaysia di negara terbabit, Ahmad Zahid berharap tiada ancaman timbul susulan perkembangan terbabit.

“Pasukan bola sepak kita pun tidak akan bermain di Pyongyang dan keputusan ini diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS),” katanya.
Share this article

5 Komen:

  1. Dalam hal ini.. Kita harus minta pertolongan China..ssb korea utara takut ngn china..kita berharap agar rakyat kita di Korea utara dpt pulang dgn selamat..Ameen

    BalasPadam
  2. huiyyooo...power beb malaysia!!!!

    BalasPadam
  3. Apa yng power..ni hal nyawa manusia..kita jalinkan kerjasama ngn China tak salah kita minta tolong China..utk selamatkan rakyat kita kat korea utara...sbb.hnya China yang berpengaruh dan mampu memaksa korea utara lepaskan rakyat kita... Ni bukan pasal power k isu ni..semakin tegang tapi ada orang bodoh mcm kamu eyam..buat komen bodoh..kamu tahu tak korea utata tu.presiden nya.. Kejam dan zalim

    BalasPadam
  4. Hmmm malaysia dah lemah sangat ke sampai nak mintak pertolongan china. Susah nanti kalau terhutang budi..
    Ini la masanya untuk menguji kesetiaan dari pendatang yang mwnjadi pendudik tetap negara ini.
    Berani kah mereka mempertahankan ng ini atau sekadar mencari kekayaan sahaja.

    BalasPadam
  5. Malaysia tak lemah..tapi..korea utara ni mana makan saman..buat sesuka hati..presiden dia jer..so..fikirlah..kita nak menyelamatkan myawa rakyat kita..tak salah minta bantuan.. Sbb korea utara hnya bergantung hidup dgn china jer..so klau tak tahu cerita jgn serkap jarang jer..banyak baca lah weii

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top