Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PERDANA MENTERI : Mahathir Tak Setuju Kak Wan Kipas Terajui Kabinet!!!


Jeng... jeng... jeng.... Baru nak pilih PM dah bercakaran, belum lagi bab pengagihan kerusi kabinet. Confirm punah nanti. Ke­se­pakatan pembangkang dilihat terus goyah apabila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti tidak bersetuju dengan pemilihan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Perdana Menteri.
Perkara itu disuarakannya apabila menegaskan, bukan DAP sahaja yang berhak menentukan siapakah yang akan memegang jawatan ber­kenaan kerana parti-parti pembangkang lain juga berhak memberi pandangan masing-masing.

“Bukan DAP sahaja boleh mencalonkan Perdana Menteri. Parti-parti lain juga ada hak menyatakan pandangan mereka, keputusan daripada satu pihak sahaja tidak memadai,” katanya kepada pemberita selepas sesi tayangan filem pendek bertajuk Sikap di sini hari ini.

Semasa sesi perbahasan sidang Dewan Rakyat semalam, Anthony Loke yang juga Setia­usaha Organisasi Kebangsaan DAP menyatakan, pembangkang sedia menyokong Wan Azizah menjadi Perdana Menteri kononnya untuk mengiktiraf kedudukan wanita dalam pentadbiran negara.

Cadangan itu dilihat boleh ‘meranapkan’ impian Dr. Mahathir untuk melantik anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Perdana Menteri selepas beliau dan Lim Kit Siang dikatakan membuat pakatan sulit dengan Penasihat DAP yang dikatakan menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Pada masa sama Dr. Mahathir berkata, beliau sendiri tidak tahu-menahu tentang pengumuman Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai partinya yang akan mengadakan perbincangan dengan Pas bagi menentukan agihan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Saya hanya membaca per­kembangan ini menerusi akhbar sahaja. Saya tidak tahu apa yang disuarakan oleh mereka, saya akan mengadakan perjumpaan dengan Muhyiddin untuk mengetahui apakah yang dimaksudkannya dalam perkara ini,” kata beliau.

Ketika ditanya sama ada kerjasama antara PPBM dan Pas memberi petunjuk bahawa partinya menyokong Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355), Dr. Mahathir menegaskan, beliau tidak tahu mengenai perkara tersebut.

Dr. Mahathir sebelum ini menuduh Himpunan RUU 355 yang dihadiri ribuan umat Islam di Padang Merbok di sini pada 18 Februari lalu adalah platform Pas untuk meraih undi.

Utusan
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top