Nuffnang

HINA POLIS : Tian Chua Bersalah! Bakal Hilang Kelayakan Bertanding PRU 14?


Sukanya dalam hati.... bila memaki polis. Tapi hari ini mungkin tindakan memaki anggota polis itu memakan diri. Akibat mengeluarkan kata-kata kesat dengan menghina seorang pegawai polis, Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang hari ini dikenakan hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Hakim Yasmin Abdul Razak memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah.

“Jika tertuduh gagal membayar, dia perlu menjalani hukuman penjara 3 bulan,” katanya.

Tian Chua mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengaibkan pegawai polis, Glenn A Sinappah, pada 12 Ogos 2014 di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya..

Kesalahan itu dilakukan di pintu masuk utama Hotel Armada pada 7.45 malam pada 14 April, 2014.

Dalam respon segera, peguamnya Latheefa Koya berkata rayuan akan difailkan.

“Beliau tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum akan datang kecuali jika dapat mengurangkan denda dalam rayuan itu,” katanya.

Beliau menambah, Tian Chua boleh mengekalkan kerusi Batu beliau buat masa ini sementara menunggu rayuannya.

Sikalang, wa pula yang suka ati ooo....

P/S : Dimana ada Tian Chua, Disitu ada Nurul Izzah.... Hihihi....
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top