Nuffnang

RM90 JUTA : Laporan Polis Pemuda PAS Ke Atas ADUN PAN


Pemuda PAS Kelantan di seluruh kawasan di Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Adun Salor Datuk Husam Musa yang mendakwa pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada Umno.

Pemuda PAS Pasir Mas dan Rantau Panjang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata laporan polis dibuat ekoran tuduhan Penasihat Parti Amanah Kelantan (PAN) yang tidak berasas terhadap PAS.

Katanya, laporan dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan berkaitan menyebar maklumat palsu.

"Kami mohon agar siasatan itu dilakukan segera. Hari ini bukan setakat Pasir Mas dan Rantau Panjang, bahkan 12 kawasan lain turut mengambil tindakan serupa," katanya selepas membuat laporan tersebut.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Rantau Panjang, Mohamad Zailani Mohd Yunus dan anggota jawatankuasa pemuda PAS kedua-dua kawasan.

Husam sebelum ini dalam rakaman 'YouTube' mendakwa pimpinan PAS menerima dana RM90 juta melalui sebuah institusi perbankan.

Ahmad Fadhli turut mencabar mencabar Adun PAN terbabit supaya membuat pendedahan nombor akaun Affin Bank penerima wang tersebut secara jelas.

"Kalau beliau mempunyai rekod dan bukti yang jelas, sila dedahkan nama kalau tidak saya kira beliau bukan seorang penakut," katanya. - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top