Nuffnang

MANGSA : Kami Berhenti Sebelum Pemandu Wanita Yang Bermain HP Merempuh!


"Kami berhenti dalam 10 minit, tiba-tiba saya nampak sebuah kereta memecut laju menuju ke arah kami dan terus merempuh kami," kata seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian rempuhan pagi tadi. 

Muhammad Zulfadli Yusri, 19, berkata beliau dan beberapa lagi rakannya datang dari kawasan rumahnya di Stulang Darat, di sini sebelum bertemu kumpulan lain di lokasi kejadian. 


Katanya, semua yang berkumpul di lokasi kejadian bukan bergerak dalam kumpulan sama, sebaliknya hanya bertemu di kawasan itu sebelum rempuhan berlaku. 

"Saya datang dari Petronas (Jalan Lingkaran Dalam) dan nampak beberapa kumpulan basikal berhenti di sebelah kubur (lokasi kejadian), jadi saya ke sana untuk melihat apa mereka buat. 

"Ketika bersama kumpulan itu, saya nampak satu kereta dan pemandu perempuan itu sedang bermain telefon terus merempuh kami sedang berhenti di situ," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Wad Barat 2 Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini selepas Pengarah Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif mengadakan lawatan melihat mangsa di wad berkenaan. 

Muhammad Zulfadli berkata, selepas rempuhan itu dia berasa seperti 'terbang' tercampak sebelum menyedari kaki kanannya patah pada bahagian betis. 

Seorang lagi mangsa terselamat, Muhammad Arassat Abdullah, 14, berkata dia bersama kawannya dalam perjalanan pulang selepas makan di sebuah restoran makanan 24 jam tidak jauh dari lokasi kejadian. 

"Saya baru lepas makan dan dalam perjalanan pulang ke Flat Desa Mutiara sebelum berhenti melihat kumpulan basikal di lokasi kejadian tetapi tiba-tiba saya dirempuh dan gelap mata. 

"Sedar-sedar saya dibantu oleh beberapa orang dan ambulans sudah banyak ada di lokasi kejadian...darah dan ramai yang terbaring," katanya menceritakan suasana kejadian selepas rempuhan. 

Berdasarkan maklumat sumber, dua yang parah dan masih dirawat dikenal pasti sebagai Muhammad Fitri Muhammad Fatoni, 17 dan Muhammad Nazri Mahmudi, 14, manakala seorang lagi belum dikenal pasti identitinya. 

Selain Muhammad Zulfadli dan Muhammad Arassat, tiga lagi mangsa mengalami kecederaan patah kaki dan kepala ialah Muhamad Farhan Che Mat, 16; Mohd Abdul Samad Abdul Kadir, 16 dan Muhammad Arif Salman, 15.


Share this article

16 Komen:

  1. Dari segi lojiknya, apa yg budak2 tu buat disitu...? Di mana peranan ibubapa membiarkan anak2 berkeliaran diwaktu tersebut? Jgn hanya pemandu dipersalahkan, ibubapa anak2 tersebut juga turut bersalah. Dari video yg diviralkan, ternyata anak2 tersebut berkeliaran di jlnraya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm macam nak pindah kesalahan pada budak budak tu.. mereka berada luar waktu itu satu cerita lain...bab memandu dengan berbahaya satu isu lain.. dua dua perlu di adili

      Padam
  2. Pemandu bermain telefon, patut pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu alasan budak-budak tu untuk mendapat sokongan san
      simpati. Mengapa mereka berada di lorong itu pada pukul
      3 pagi...................???????????
      Dan kereta itu meluncur laju, katanya dengnan pemandu
      bermain handpon. Nampak ke dalam kegelapan subuh dan
      kelajuan kereta yang datang dari belakang....????

      Padam
    2. setuju dengan cik minah. macam mana boleh nampak pemandu main handphone dalam keadaan begitu. agak pelik bagi saya.

      Padam
  3. Berkumpul di waktu itu satu bab...jika mereka berkumpul adakah pemandu itu tak dipersalahkan gara gara berkumpul di waktu begitu?

    Jika ibubapa tak melarang mereka keluar..membenarkan mereka keluar..itu kesalahan lain...itu bab lain..

    Kesalahannya...cara memandu? Guna hphone? Kelajuan dan fokus? Di manakah anak anak itu berkumpul..dibahu jln atau tempat berjln kaki atau tgh jln?...

    Tak boleh jdkan alasan/sebab musabab keluar mlm dilanggar.. seolah olah anak tu je bersalah...yg melanggar tak bersalah..

    Kita tunggu siasatan polis... jgnlah kita nak tuduh satu pihak nak simpati je....itulah tersurat dan tersirat...

    BalasPadam
  4. Kejap2...kalau kereta tu tukar jd lori pulak2 mcm mana pulak persepsi orang ramai??Jgn asyik nk menyalahkan mak bapak..kalau polis tau yg dorang tiap2 jumaat mlm kumpul kat situ,apa polis buat??Apa2 pun kita tggu siasatan polis..

    BalasPadam
  5. KALAU PEMANDU FOKUS...ADAKAH DIA BOLIH LANGGAR SATU GROUP MANUSIA. INI MESTI APA YANG KATA SAKSI TU BENAR. MAIN HANDPHONE SEMASA MEMANDU. ATAU MABOK SEMASA MEMANDU. MAKLOMLAH PUKUL TIGA PAGI.

    BalasPadam
  6. Hmm.. fikir sendiri la..
    Pagi 3 a.m
    kereta yg berada di jalanraya..
    Atau
    Basikal yg slow tengah jalannraya..
    Jgn nk divert kesalahan sendiri..
    Kalau dia mai hp pun.. tiada masalahnya.. kalau tader basikal tgh jalan raya..

    BalasPadam
  7. SEDIHnya aku nasib mangsa2 dr. anak2 muda bangsa BUMIPUTERA Islam/Melayu kita dlm. KEMALANGAN JLNRAYA basikal ni!!!

    Adakah SPAD/PDRM akan MENYIASAT habis2an BETINA SIAL yg. diTUDUH menggunakan HP dan pandu LAJU seolah MABUK, serta apa juga BANGSA betina ni??!!! POLIS mesti berikan BUKTI amat jelas yg. si BETINA ni dah diUJI air KENCING dia waktu kemalangan tu (PEMANDU2 yg. menyebabkan KEMALANGAN JLNRAYA mesti diUJI air kencing depa utk. ALKOHOL/DADAH walau depa sendiri CEDERA) serta SIASAT juga HP si BETINA ni utk. PASTIkan waktu TERAKHIR dia buat PANGGILAN & dari mana)!!!! POLIS tolong JANGAN keluaqkan pengumuman sewenangnya MENYALAHkan MANGSA2 sebelum SIASATAN RAPI OI!!!!

    Dan pihak keluarga mangsa mesti SAMAN si BETINA SIAL ni sampai berJUTA kalau dia diBUKTIkan berSALAH!

    Tapi ada berita seolah MENYALAHkan mangsa2 ni kononnya dr. kumpulan mcm. MAT REMPIT Basikal pula - SIAL betul media2 PENJAJAH PARASIT/LANUN DAPJUBOQ BABI ni!!!

    Tok Landak.

    BalasPadam
  8. Mangsa dari umur berapa tahun ke berapa tahun tu yg terlibat..Kalu 17,18 mungkin akal kurang cerdik, tapi yg 14,15 tu lagi cerdik la ya .pukul 3 pagi ada atas jalan raya..buat apa tu..Memang betul apa yg tuanku sultan johor cakap..budak budak tu buat apa masa tu.

    BalasPadam
  9. Anak2 MUDA dr. bangsa BUMIPUTERA Islam/Melayu miskin/sederhana kita sdg. diHINA dgn. amat KEJI oleh media2/VIP2 BANGSAT seolah SALAH depa sendiri kerana diLANGGAR dgn. KEJAM oleh si BETINA SIAL!

    Sedgkan banyak kwasn PERUMAHAN kos RENDAH - mana diSEDIAkan TAMAN2 PERMAINAN mahupun kwsn SUKAN utk. anak2 muda MISKIN kita utk. lepaskan TEKANAN di HUJUNG MINGGU samada dr. masalah keluarga/rumah2 amat SEMPIT-KEMISKINAN/sekolah yg. terCICIR dsbnya?!!

    Tentulah anak2 muda ni akan terPENGARUH termasuk akibat masalah PSIKOLOGI, utk. MENYERTAI geng Remaja lain - apalagi waktu malam cthnya 3am tu dipikiaq depa jln SUNYI; waktu SIANG tentu TAK dak peluang nak berBASIKAL secara KUMPULAN kerana kereta banyak!

    Jadi sebelum VIP2 BANGSAT asyik nak MENYALAHkan arwah anak2 muda & Ibu Bapa amat MALANG depa dr. bangsa BUMIPUTERA MISKIN - hang sediakan dulu KEMUDAHAN2 TAMAN/SUKAN yg. LUAS di SETIAP kwsn. PERUMAHAN; bahkan ini patut dijadikan UNDG2 utk. PEMAJU2 TAMAK HARAM JADAH - serta UNDG2 utk. BINA lebih bnyk LORONG2 BASIKAL/MOTOSIKAL di SETIAP JLNRAYA/LEBUHRAYA!

    Dan adakah anak2 remaja VIP tak sorang pun berPELESERAN tapi ala-VIP depa - cthnya ke KELAB2 MALAM/KAROAKE VIP sampai pukul 3-4 am di HUJUNG MINGGU?!

    Tok Landak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SEDIH betul aku tgk. muka arwah anak2 MUDA amat MALANG kita ni! VIP2 - hang tengok betul2 muka2 depa ni OI!!!

      Tok Landak.

      Padam
    2. Tok landak..
      Mmg la kesian..
      Tapi.. agak2 la nk defend pon..
      Dan apa kena mengena rumah kos rendah dll..
      The thing is.. apa2 pilihan.. kita buat sendiri.. tk der kena mengena

      Padam
  10. budak budak itu tidak bersalah, mereka pengguna jalanraya, lantak lah nak naik basikal 1 ke 2 ke 3 pagi. yang penting kita sebagai pemandu kereta perlu berhati hati sekiranya berhadapan dengan pengguna penguna jalan raya ini. saya keluar kerja 6.30 pagi waktu tu dah ade mereka yang keluar menunggang basikal untuk bersenam, bayangkan keadaan masih gelap dan saya nak cepat ke tempat kerja dan mereka menggangu perjalanan saya, tetapi apa pun kita pemandu kereta perlu berhati hati supaya tidak melanggar mereka, dulu saya terlibat dengan perlanggaran dimana sebuah motosikal melanggar belakang kereta saya, apabila dibuat report saya yang salah, yang saya tau sekiranya kita melanggar atau dilanggar oleh 3 pengguna jalanraya ini kita tetap salah bila melibatkan insuran, iaitu pejalan kaki, yang berbasikal atau naik motor. sejak itu saya amat berhati yang melibatkan ke tiga tiga pengguna jalanraya ini. semoga allah merahmati roh mereka dan takziah saya utk keluarga mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian tu kesian jugak..
      Tapi.. 3 pagi kot.. tgh jalan raya.. org senaman tu tepi2 jln..

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top