Nuffnang

KEMATIAN JONG-NAM : Duta Malaysia Diarah Pulang, Duta Korea Diarah Beri Penjelasan


Malaysia memanggil pulang Duta Besarnya di Pyongyang untuk proses perundingan dan mengarahkan Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol, memberi penjelasan mengenai kenyataannya berhubung kematian Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Kementerian Luar mendedahkan perkara itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, Kang Chol telah bertemu dengan Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Dua Hala, Raja Nushirwan Zainal Abidin kira-kira sejam 30 minit, berikutan tuduhan yang dinyatakan beliau pada satu sidang akhbar Jumaat lalu.

Menurut kenyataan Wisma Putra itu, Kang Chol dalam sidang akhbar berkenaan telah memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai "sesuatu untuk disembunyikan" dan mendakwa Malaysia "berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar" dalam pengendalian kes kematian seorang warga Korea Utara pada 13 Februari lalu.

"Kerajaan Malaysia menganggap kritikan yang dibuat oleh Duta Besar Korea tersebut sebagai tidak berasas.

"Kerajaan Malaysia mengambil serius atas segala tuduhan yang dilemparkan bertujuan untuk mencemarkan reputasi negara," katanya.

Pada 13 Februari lalu, Kim Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila seorang wanita menekup mukanya dengan sehelai kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Beliau yang dipercayai tiba di Malaysia dari Macau pada 6 Februari menggunakan nama Kim Chol dalam pasportnya, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas mengadu kurang sihat kepada petugas di lapangan terbang itu dan diberi rawatan awal di klinik di situ. 

Dalam kenyataan sama, Wisma Putra menekankan, memandangkan kematian itu berlaku di Malaysia dalam keadaan yang mencurigakan, maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian. 

Ia berkata, penyiasatan kes ini telah dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan di bawah undang-undang Malaysia.

Kedutaan Besar Korea Utara turut dimaklumkan bahawa kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan proses bedah siasat perlu dijalankan, kata Wisma Putra.

"Kerajaan Malaysia melaksanakan penyiasatan secara telus. Kedutaan juga akan dimaklumkan tentang perkembangan yang berkaitan dengan penyiasatan tersebut dan juga proses yang terlibat di bawah undang-undang Malaysia," katanya. 

Wisma Putra berkata, kedutaan itu juga telah dimaklumkan bahawa sebaik siasatan selesai, mayat akan diserahkan kepada pihak waris mengikut undang-undang dan prosedur yang sedia ada di Malaysia.

Sebelum itu, kenderaan rasmi Kang Chol kelihatan memasuki perkarangan Wisma Putra pada 9.55 pagi dan meninggalkan tempat itu pada 11.30 pagi.

Hampir 50 wakil media tempatan dan asing mula berkumpul di pintu masuk Wisma Putra seawal 7 pagi selepas berita mengenai Kang Chol dipanggil berjumpa dengan wakil Kementerian Luar pada Isnin.

Wakil media yang menunggu di luar cuba mendapatkan reaksi Kang Chol di pintu keluar dengan mengetuk cermin dan pintu kenderaan namun kenderaan rasmi kedutaan itu tidak berhenti. 

BAGAIMANA JONG NAM DIBUNUH


Video sensasi (KLIK SINI) tersebar menerusi YouTube mendedahkan serangan terhadap Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Isnin lalu.

Klip berdurasi lebih lima minit menunjukkan imej Jong-nam, memakai jaket biru dengan beg sandang sedang berjalan di lobi lapangan terbang itu dan melihat jadual penerbangan sebelum ke kios daftar masuk.

Kawasan daftar masuk kelihatkan agak sesak dan tiba-tiba dua wanita muncul dari arah bertentangan.

Wanita di belakang Jong-nam, berambut paras bahu mendekatinya sambil memegang kain dan menerkam dari belakang dan menerkap muka abang tiri pemimpin Korea Utara itu dengan kain itu.

Sekelip mata, kedua-dua wanita itu bergegas ke laluan dari mana mereka datang pada asalnya.

Wanita terlibat juga beberapa kali menoleh melihat mangsanya sambil bergegas meninggalkan lokasi kejadian.

Bagaimanapun, orang ramai yang berada di kawasan daftar masuk bagikan tidak sedar berlakunya serangan itu.

Wanita itu kelihatan seperti Doan Thi Huong, yang memakai blaus yang tertera perkataan "LOL".

Jong-nam kelihatan terkejut apabila diserang dan dilihat berjalan perlahan-lahan ke arah kaunter perkhidmatan pelanggan dan bercakap dengan dua petugas disitu, seorang lelaki dan wanita.

Petugas wanita itu kemudiannya membawa Jong-nam ke bahagian lain di bangunan itu di mana dua anggota polis beruniform mendengar aduan mereka.

Jong-nam dilihat sedang memberitahu apa yang berlaku padanya apabila menunjukkan sesuatu telah diletakkan pada mukanya.

Walaupun berulang kali menunjukkan pada mukanya, tetapi ketika itu, Jong-nam kelihatan tidak cedera.

Kemudiannya, dua anggota polis berkenaan membawanya ke klinik lapangan terbang itu.

Ketika itu juga, Jong-nam masih boleh berjalan dan tidak memerlukan sebarang bantuan. 

Klip itu seterusnya tamat sebaik Jong-nam memasuki kawasan klinik itu.

Beberapa jam kemudian, dia dilaporkan meninggal dunia.
Share this article

3 Komen:

  1. K'jaan kita JANGAN terPERANGKAP dgn. PERMAINAN JIJIK Korea Selatan-KULI rejim2 TERORIS KANIBAL/NECROPHILIA ZIONIS/IS(IS)rael-MOSSAD/NA*O - utk. MELAGAkan MALAYSIA & KOREA UTARA!!

    Maka, berKERJASAMAlah dgn. KOREA UTARA dlm. SIASATAN pembunuhan tersebut; kerana Korae Utara ada HAK; sbb diTUDUH pelbagai FITNAH sekrg ; kerana Korea Utara spt. PAKISTAN - amat diBENCI si puak PENJAJAH PARASIT/LANUN/PEROGOL/PEMBUNUH Zionis IS-rael/NATO sbb. PAKISTAN/KOREA UTARA ada SENJATA NUKLEAR (sbb. tu Pakistan makin asyik diSERANG Teroris Kanibal IS yg. diTUBUHkan CIA/MOSSAD spt. diDEDAHkan oleh bekas Ejen CIA/NSA, Snowden); kerana IS-rael/Barat mahu pastikan hanya depa memiliki SENJATA NUKLEAR dlm SATU K‘jaan Dunia ZIONIS/SATU Dunia Baru ZIONIS (ZIONIST New World Order - ZNWO) depa!!

    Tok Landak.

    BalasPadam
  2. SUBMARIN2 NUKLEAR rejim2 Teroris KANIBAL/NECROPHILIA ZIONIS-NA*O-MOSSAD/IS-rael yg. berPUSAT di DIEGO GARCIA (disyaki di mana MH370 kita diRAMPAS - disyaki utk. MENCULIK para SAINTIS CHINA yg. terKEMUKA), juga senang menyelinap masuk sesuatu negara di samping menyeludup secara amat SENYAP masuk senjata2 NUKLEARnya, melalui bah. laut-amat-dalam (maka susah dikesan) – dan disyaki secara terus atau melalui ejen2 TEMPATAN depa, telah menyebabkan letupan2 NUKLEAR kecil bawah laut dan tanah - yg. boleh menyebabkan GEMPABUMI, BANJIR (cthnya yg. disyaki telah MELANDA Malaysia & Selatan Thailand baru2 ini, terutamanya bila berHADAPAN dgn. SELAT MELAKA), CUACA PANAS amat bahang-ala-El-Nino serta empangan/air sungai surut ke bawah tanah serta tanah/batu merekah, letupan bawah GUNUNG BERAPI dan TSUNAMI2 kecil & besar (termasuk disyaki yg. MENENGGELAMkan banyak kapal PELARIAN Syria & Palestin di laut Mediterranean yg. MEMBUNUH beribu pelarian ISLAM di dlm GENOSID)!

    LETUPAN2 NUKLEAR bawah laut dlm. di sekitar LAUTAN HINDI/PASIFIK ini juga disyaki MENYEBABkan BANJIR2 BESAR/TSUNAMI2 yg. disyaki menSASARkan kwsn2 MAJORITI umat Islam di Selatan Thailand/Mindanao/Langkawi/Acheh - yg. lepas dan terbaru (Acheh waktu itu baru mendapat separuh kemerdekaan sbg. NEGARA ISLAM yg. KUAT serta juga KAYA minyak-gas); dan juga di Fukushima, yg. menyebabkan KEPANASAN BAHANG di Lautan Pasifik dan kemudian dilabelkan secara PALSU sbg. tragedi alam semulajadi “El-Nino”- lihat di -
    http://whale.to/b/vialls2.html, Asia Tsunami Proved Biggest War Crime in History, Tsunami Part Two. Copyright Joe Vialls, 24 February 2005 (Joe Vialls disyaki diBUNUH melalui MO sakit jantung selepas pendedahan ini , dlm. thn 2005 juga); di -
    https://311truth.wordpress.com/ , Welcome to Fukushima 3/11 Truth, Page last updated on March 5, 2014; dan di - http://www.whoi.edu/news-release/fukushima-site-still-leaking , Fukushima Site Still Leaking After Five- Years, Research Shows, March 7, 2016] dll, dsbnya!#

    Tok Landak.

    BalasPadam
  3. Mamg dunia sekarang dah akhir zaman..semua manusia mcm cacing kepanasan..berbagai bentuk dan cara nak menghancurkan Islam..cuma mohon perlindungan Allah jerlah..jalan kita sekarang..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top